June 26th, 2015

Pengakuan Rafidah Ibrahim yang menyatakan beliau sedang mengenali hati budi aktor Shah Iskandar telah mencetuskan spekulasi bahawa mereka kini bercinta. Menyangkal gosip berkenaan, Shah menjelaskan beliau dan Rafidah hanya sekadar teman biasa namun memuji sikap temannya itu yang cukup penyanyang dan baik.

Untuk pengetahuan anda, Shah dan Rafidah mula kelihatan mesra bersama ketika kedua-dua mereka menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Sony Music sekitar minggu lalu.

Acara berkenaan lebih banyak penyanyi dan saya tidak berapa kenal dengan artis-artis lain dan apabila nampak Fida kami duduk semeja. Memandangkan kaki saya tercedera dia juga ada membantu pegangkan barang milik saya tetapi itu bukan bermaksud kami bercinta tetapi teman biasa sahaja.

Dalam pada itu, Shah memberitahu, beliau selesa berkawan dengan Fida kerana aktres itu seorang yang mengambil berat dan penyayang.

Dia seorang teman yang baik dan penyayang tetapi itu tidak bererti kami bercinta. Biarlah perkara itu ditentukan oleh jodoh.

Semuanya terletak kepada ketentuan takdir, mula-mula teman biasa tetapi siapa tahu pada masa hadapan boleh jadi teman istimewa pulak?

Sumber Berita : mStar Online

June 20th, 2015

Penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim memberitahu beliau kini sedang mengenali hati budi aktor popular Shah Iskandar satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang.

Keakraban diantara mereka mula terjalin sejak awal tahun 2015 selepas beberapa kali bekerjasama dalam beberapa buah drama. Walaubagaimanapun, Fida menjelaskan hubngan mereka belum sampai ke satu tahap yang lebih serius lagi.

Sebenarnya kami sudah kenal sejak 2 tahun lepas iaitu selepas beberapa kali berlakon dalam siri yang sama. Cuma baru awal tahun ini sahaja kami mula rapat. Namun kami belum ke arah hubungan yang serius setakat ini. Biarlah kami berkawan dahulu.

Melalui banyak episod cinta yang akhirnya berhenti di tengah jalan, Fida memberitahu dia tidak mahu hubungannya itu disensasikan kerana takut duka di pengakhirannya.

Setelah beberapa kali gagal dalam percintaan, saya kini serik untuk beritahu dengan siapa saya berkawan kerana takut ianya tidak menjadi. Pun begitu, saya sendiri tidak takut untuk terus mencuba mencari pasangan yang sesuai dan mencuba dalam perhubungan, asalkan ianya dalam batasan.

Ambil masa secukupnya untuk benar-benar mengenali luar dan dalam seseorang itu sebelum ke tahap yang lebih serius. Sesudah itu baru kita nilaikan jika mereka layak ataupun tidak untuk berada dalam hati kita.

Sumber Berita: Murai