June 20th, 2015

Penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim memberitahu beliau kini sedang mengenali hati budi aktor popular Shah Iskandar satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang.

Keakraban diantara mereka mula terjalin sejak awal tahun 2015 selepas beberapa kali bekerjasama dalam beberapa buah drama. Walaubagaimanapun, Fida menjelaskan hubngan mereka belum sampai ke satu tahap yang lebih serius lagi.

Sebenarnya kami sudah kenal sejak 2 tahun lepas iaitu selepas beberapa kali berlakon dalam siri yang sama. Cuma baru awal tahun ini sahaja kami mula rapat. Namun kami belum ke arah hubungan yang serius setakat ini. Biarlah kami berkawan dahulu.

Melalui banyak episod cinta yang akhirnya berhenti di tengah jalan, Fida memberitahu dia tidak mahu hubungannya itu disensasikan kerana takut duka di pengakhirannya.

Setelah beberapa kali gagal dalam percintaan, saya kini serik untuk beritahu dengan siapa saya berkawan kerana takut ianya tidak menjadi. Pun begitu, saya sendiri tidak takut untuk terus mencuba mencari pasangan yang sesuai dan mencuba dalam perhubungan, asalkan ianya dalam batasan.

Ambil masa secukupnya untuk benar-benar mengenali luar dan dalam seseorang itu sebelum ke tahap yang lebih serius. Sesudah itu baru kita nilaikan jika mereka layak ataupun tidak untuk berada dalam hati kita.

Sumber Berita: Murai


Comments are closed.

Loading...