November 21st, 2017

Susulan luahan kecewa Nabil Ahmad yang menyifatkan tindakan Chef Wan menegur cara beliau mengacara secara terbuka di akaun Instagram tidak profesional,  Chef Wan tampil lagi dengan kenyataan terbaru berhubung isu tersebut.

Menurut Chef Wan, beliau bukan mahu menanam benih kebencian dalam hati penonton terhadap Nabil tetapi hanya ingin menasihati pengacara tersebut. Pernah menjadi juri jemputan Gegar Vaganza 2017, Chef Wan mendedahkan setiap tahun pasti ada sahaja juri yang bengang dengan sikap Nabil.

Netizen yang membaca kenyataan Chef Wan bersetuju dengan tindakan beliau yang berani menyuarakan isu lawak Nabil yang dianggap keterlaluan.

Nampaknya isu ini semakin hangat dengan kedua-dua belah pihak yang saling berbalas kenyataan. Teguran pedas bukan bermakna ingin menjatuhkan seseorang dan tidak salah untuk dijadikan pengajaran agar tidak mengundang sebarang salah faham.

November 19th, 2015

Nazim Othman sememangnya diketahui meminati filem, drama dan muzik dari Korea Selatan. Malah, imej yang ditampilkan beliau boleh dikatakan menyamai penampilan pemuda-pemuda ‘exo’ yang mengganggotai kumpulan-kumpulan k-pop dari sana.

 photo 12224561_417448008455026_34182507_n.jpg

Gambar: Instagram Nazim Othman

Untuk sebuah drama terbarunya, Nazim telah memuat naik satu video adegan beliau berbahasa Korea di Instagram dan Twitter.

Nazim Othman Cakap KoreaNazim Othman berlakon jadi pemuda Korea dalam drama terbaru.

Posted by BeautifulNara.com on Sunday, 15 November 2015

Sebenarnya kami tidak pasti apa tajuk drama tersebut tetapi dari komen Netizen, kami mendapat tahu bahawa drama tersebut ialah adaptasi dari novel ‘Kimchi Untuk Awak!’ di mana Nazim melakonkan watak seorang pemuda Korea bernama Kang Ye Jun. Nazim telah terbang ke Seoul untuk melakonkan babak-babak dalam drama ini. Khabarnya drama itu akan ditayangkan Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, adegan Nazim berbahasa Korea itu juga mendapat kritikan seorang pengguna Twitter menggunakan tweethandle @nessaggrf yang mengatakan aksen Korea Nazim kedengaran ‘tidak semulajadi’ dan salah.


 photo 12243620_10208648722044072_1291905372_n.jpg
 Tweet itu telah dibalas oleh Nazim dengan menyatakan penyampaian dialognya dipantau oleh seorang profesor yang kagum dengan kebolehan Nazim menuturkan bahasa Korea.

Keseluruhan gosip ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

Seorang lagi pengguna Twitter lain mempersoalkan tindakan Nazim tweet search nama sendiri, dan ia juga dibalas oleh Nazim.
 photo 12233138_10208648722244077_936799916_n.jpg
Penulis tweet asal yang mengkritik aksen Korea Nazim menyifatkan tindakan Nazim sebagai ‘biadap’.
 photo 12248721_10208648723244102_1279380390_n.jpg

Pada pendapat kami, sebagai seorang yang bukan pengucap natif bahasa Korea, ia satu percubaan yang baik. Kita bercakap lebih baik dalam bahasa Inggeris kerana kita mempelajarinya di sekolah. Untuk menguasai bahasa Korea, masa yang diambil haruslah bertahun supaya bila bercakap kedengaran seperti orang Korea.

Kumpulan k-pop JYJ (Jaejoong, Yoochun, Junsu) misalnya, mengambil masa selama enam tahun mengadakan konsert jelajah di seluruh Jepun barulah dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa Jepun. Apa pendapat anda?

January 7th, 2015

Siapa yang tak kenal dengan kak Ogy Ahmad Daud, 53. Filem-filem lakonannya seperti Azura, Ali Setan, Suara Kekasih pada tahun 80-an menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Ogy boleh dikatakan seorang primadona filem melayu dengan pencapaian sehingga ke hari ini. Namun baru-baru ini persembahannya dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 telah mendapat kritikan penonton yang menyifatkan Ogy beraksi gedik.


 photo ogy.jpg

Persembahan Ogy juga dikatakan penyebab kumpulan yang disertainya iaitu Jalor bersama iaitu Rahim, Along dan Joey mendapat tempat tiga tercorot.

 photo Untitled-1.png

Kritikan ini disuarakan secara terbuka oleh seorang pengguna Instagram di akaun Ogy, namun Ogy mempertahankan dirinya dengan mengatakan aksinya ialah sebahagian dari seni persembahan memandangkan dia mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

Ogy juga khabarnya mempersoalkan penjurian oleh Datuk Jalaluddin Hassan untuk persembahan Jalor. Menerusi mStar Online, dia mengatakan:

Saya hanya ingin persoalkan kritikan juri (Jalaludin). Tidakkah dia tahu bahawa persembahan yang dilakukan adalah berbentuk parody?

Takkan juri tidak tahu watak dan dialog-dialog yang dikeluarkan daripada filem Azura yang dinamakan sebagai surprise element?

Yang berkata saya cuba overshadow itu memang orang yang tidak faham mengenai energy level sedangkan setiap pemain pentas wajib ada perkara itu

Setakat ini persembahan Ogy mendapat kritikan meluas di media sosial namun Ogy pastinya punya sebab tersendiri untuk menampilkan aksi sebegitu, namun setiap orang berhak memberi pendapat berkenaan seni walaupun cara mengkritik itu masih boleh dipersoalkan.

Mungkin kak Ogy perlu membuat sedikit rombakan dalam persembahan supaya ia lebih mudah diterima oleh penonton tempatan.

Semoga Kak Ogy terus sukses dalam bidang seni.

December 1st, 2014

Tidak dinafikan semakin ramai selebriti tanah air yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Biasanya penghijrahan selebriti diberi publisiti meluas, dan boleh dikatakan majoriti dari mereka kemudiannya sering diundang untuk memberikan ceramah agama atau mengendalikan program berunsur keagamaan atau dirujuk tentang hal-hal keagaamaan.

Ada juga yang mempersoalkan tentang perkara ini, bila mana selebriti dilihat masih belum mempunyai ilmu yang mencukupi namun memberikan ceramah agama kepada orang ramai. Ia dipanggil fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’.

Baru-baru ini, melalui Perhimpunan UMNO, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dengan lantang menyuarakan mengenai beberapa isu, namun yang mendapat perhatian ialah mengenai fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’ ini. Beliau meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

Ustazah Dr. Mashitah juga menyentuh mengenai pendakwah yang banyak membuat lawak, katanya jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014.

Ucapan Dr. Mashitah mendapat sambutan dan sokongan dari wakil-wakil wanita yang hadir di perhimpunan itu, bagaimanapun ia mendapat kritikan hebat di media sosial. Sudah tentu beberapa selebriti yang dikaitkan dengan fenomena ini memberikan reaksi mereka. Antaranya ialah Abby Abadi. Melalui HarakahDaily, selebriti itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang perbahasan Dr. Mashitah.

Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama.

Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui.

Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.

Pada pendapat kami apa yang dikatakan oleh Dr. Mashitah ada betulnya, namun mungkin cara dia mengutarakannya menyebabkan banyak jiwa yang tersentap.

Mungkin selepas ini selebriti yang digelar ‘uataz dan ustazah ekspres’ ini perlu meningkatkan kefahaman dan ilmu berkenaan agama Islam terlebih dahulu sebelum berceramah mengenai agama kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka menerima kritikan. Apa kata anda?