April 28th, 2015

Terdahulu, Vanidah Imran telah dilucutkan jawatan sebagai bendahari di dalam Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas beberapa konflik dan isu melarikan buku cek.

Sepanjang tempoh  perkara tersebut berlaku, hanya presiden persatuan itu Zed Zaidi yang banyak mengeluarkan kenyataan kepada umum. Vanidah seakan tidak mahu mempertahankan dirinya dan hanya diam seribu bahasa dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah punca sebenar disebalik insiden yang berlaku.

Baru-baru ini, Vanidah telah tampil dan memberitahu belum masanya lagi untuk beliau menjelaskan isu tersebut dan meminta sedikit masa untuk menjawab segala persoalan.

Belum tiba masanya lagi untuk saya beri apa-apa kenyataan. Kita tengok apa akan jadi nanti tetapi buat masa ini saya tidak boleh komen.

Masalah mula berlaku dalam ahli jawantankuasa (AJK) SENIMAN apabila Vanidah didakwa telah melarikan buku cek persatuan itu dan enggan  memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta mengeluarkan wang untuk menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Perbuatan Vanidah itu memaksa presidennya, Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember tahun lalu. Namun, Vanidah mendapat sokongan daripada enam AJK baharu yang mempertahakan tindakan Vanida menyimpan buku cek tersebut.

Kami harap Vanidah Imran boleh segera menjelaskan perkara yang berlaku dan sebab beliau menyimpan buku cek tersebut. Sebelum ini kita hanya dengar dakwaan daripada sebelah pihak sahaja dan ianya agak tidak adil untuk pihak Vanidah. Apa-apa pun kita ikuti perkembangannya nanti.

Sumber Berita: Berita Harian

 

April 16th, 2015

Kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) akhirnya telah terlerai apabila Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut sebulat suara menyingkirkan Vanidah Imran daripada terus memegang jawatan sebagai bendahari.

Menurut presiden persatuan Zed Zaidi, pelucutan jawatan itu adalah wajar kerana Vanidah telah gagal untuk mematuhi arahan jawatankuasa dimana beliau harus bertanggungjawab menyelesaikan gaji pekerja, bayaran sewaan, bil tertunggak serta perkara lain yang sedikit sebanyak mampu mencetuskan masalah dalam sistem pentadbiran Seniman.

Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekaligus meyukarkan pentadbiran Seniman.

Pada pendapat Zed Zaidi, untuk menjadi ahli dalam persatuan seseorang itu harus memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain.

Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.

Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti.

Perbuatan Vanidah yang melarikan buku cek persatuan serta tetap berdegil untuk tidak memberikan kerjasama untuk mengeluarkan wang bagi beberapa proses penting telah mewujudkan konflik didalam ahli jawatankuasa Seniman.

Susulan perkara tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh Zed Zaidi di Balai Polis Taman Melawati dimana enam ahli jawatankuasa baharu Seniman iaitu ashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) telah mengeluarkan kenyataan kepada media dimana mereka mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek tersebut.

Berikutan kes ini juga, suami Vanidah iaitu Rashidi Ishak telah menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat rasmi kepada Zed Zaidi.

Jawatan bendahari kini diambil alih oleh pelakon Zarina Raja Lawak 5.

Sumber Berita: mStar Online