November 18th, 2019

Ramai rakyat Malaysia yang memilih Bandung dan Bali sebagai lokasi percutian mereka di Indonesia. Memang dua lokasi ini cukup ‘familiar’ dengan orang Malaysia lagi-lagi yang kaki ‘shopping’. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi lokasi yang best korang boleh pergi di Indonesia. Ikut korang lah, nak percutian yang macam mana?

Ada yang nak makan-makan, melawat pulau, tengok tempat menarik atau nak diving semuanya boleh! Macam-macam ‘port’ yang best ada di Indonesia. Tak tahu nak pergi yang mana satu? Jom tengok dulu senarai ni.

Makan-makan di Palembang

makanan di palembang

Kredit: Instagram

Ada pelbagai pilihan makanan yang anda boleh pilih ketika bercuti di Indonesia lagi-lagi kalau berada di Palembang ini. Antaranya makanan laut ini yang anda patut cuba di restoran Shabu Pot di Palembang. Banyak lagi menu popular yang anda wajib cuba di Palembang seperti Pempek, Tekwan, Pindang Patin, Maksubah, Martabak Har dan macam-macam lagi. Selain itu, anda juga patut cuba makanan di lokasi lain seperti di Pontianak, Medan dan Makassar yang memang terkenal dengan masakan tempatan.

Ada Apa Dengan Cinta di Yogjakarta

Ada Apa Dengan Cinta di Yogjakarta

Kredit: Instagram

Untuk peminat filem “Ada Apa Dengan Cinta”, inilah masanya untuk anda melawat sendiri lokasi menarik di Yogjakarta. Antaranya bangunan unik Bukit Rhema atau Gereja Ayam ini. Lokasi lain seperti Istana Ratu Boko juga antara tempat terbaik untuk anda menikmati sunset.

Bukan tu je, tempat ini pun sangat Instagramable untuk anda mengambil gambar seperti dalam filem. Alang-alang di Yogjakarta tu, jangan lupa singgah di Klinik Kopi, juga salah satu lokasi dalam filem ni untuk dapatkan secawan kopi hangat. Selain Yogjakarta, anda juga boleh jalan-jalan di Semarang, Makassar, dan Jakarta untuk tempat menarik.

Ada Apa Dengan Cinta di Yogjakarta

Kredit: Instagram

Klinik Kopi

Kredit: Instagram

Pulau Belitung untuk pencinta air

Untuk yang nakkan percutian di pantai, Pulau Belitung adalah lokasi yang sesuai untuk anda lawati. Pulau Belitung merupakan sebuah pulau yang terletak di pantai timur Sumatera, Indonesia. Menariknya, di Pulau Belitung itu sendiri, terdapat ratusan pulau-pulau kecil yang kita boleh lihat dari dalam pesawat.

Di Pulau Belitung, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh anda semua dari island hopping dan snorkeling, malahan anda juga boleh menghayati semangat kehidupan dari filem ‘Laskar Pelangi’ di daerah Belitung Timur. Kalau bosan-bosan, pantai di Padang, Bali dan Lombok pun tak kurang hebatnya!

Pulau Belitung

Kredit: Instagram

Diving di Pulau Weh

Pulau Weh adalah syurga buat mereka yang gemarkan aktiviti diving atau snorkelling dan ini antara tempat yang cukup ‘famous’ dalam kalangan peminat seluruh dunia. Selain Pulau Weh di Banda Acheh ni, anda juga boleh buat aktiviti diving atau snorkelling di Silangit, Pekanbaru dan Bandung.

Pulau Weh

Kredit: Blog

Terbang murah dengan AirAsia!

Promosi Air Asia Ke Indonesia

Kini anda berpeluang untuk terbang ke 16 lokasi menarik di Indonesia dengan all-in tambang sehala dari RM49 sahaja untuk ahli AirAsia Big! Tapi jangan risau, yang bukan ahli juga akan mendapat penerbangan tambang all-in tambang sehala RM54 sahaja.

Bermula sekarang sehingga 24 November 2019, anda boleh menempah penerbangan all-in tambang sehala ke 16 lokasi menarik yang kami kongsikan tadi. Tempah dan terbang sekarang hingga 30 Jun 2020 ini supaya anda tak terlepas peluang keemasan ini! Jadi, tunggu apa lagi?

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari laman rasmi AirAsia atau ikuti akaun Facebook  dan Instagram.

Selamat bercuti!

Advertisement
February 26th, 2019

Jika disebut Indonesia, bandar pertama yang akan menerjah ke pemikiran kita sudah tentu adalah Jakarta. Namun negara yang mempunyai 1,700 pulau dan kebesaran berkali ganda berbanding Malaysia ini mempunyai terlalu banyak destinasi pelancongan yang menarik, memukau dan unik selain Jakarta.

Bersempena dengan musim cuti sekolah yang hampir tiba, kali ini Abang Nara ingin kongsikan beberapa lokasi percutian di Indonesia yang anda boleh terokai bersama keluarga tercinta kelak. Jangan lupa yang AirAsia kini sedang mengadakan promosi terbang ke Indonesia dengan harga serendah RM49 khas untuk ahli-ahli AirAsia dan RM54 untuk mereka yang bukan ahli. Lepas baca nie boleh terus booking tiket kapal terbang!!!

1.Bandung

Bandung semestinya menjadi salah satu tempat di dalam senarai WAJIB dilawati sekiranya anda merancang untuk terbang ke IndonesiaIa amat sesuai dijadikan tempat berbulan madu buat pengantin baru kerana pemandangannya yang sangat memukau, banyak lokasi menarik untuk merakam detik manis bersama pasangan dan kedudukannya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.

1

pasti romantik dapat naik basikal di atas udara sambil berpegangan tangan camnie

2

boleh tangkap gambar-gambar cun macam nie dan buat album sebagai tanda percintaan anda yang kekal abadi

Selain itu, terdapat banyak lokasi-lokasi menarik di Bandung yang boleh dilawati seperti Kawah Putih (danau yang terhasil daripada letusan gunung berapi), Farmhouse Susu Lembang (boleh main dengan haiwan), Glamping Rancabali (kebun teh dengan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, naik rakit & petik daun teh) dan Tangkuban Perahu (gunung berapi yang masih aktif). Masing-masing mempunyai keunikan tersendiri yang memukau. Sekiranya datang dengan anak-anak, boleh juga luangkan masa di Trans Studio Bandung yang merupakan taman tema terbesar di Indonesia.

4

Kawah Batu

3

Glamping Rancabali

5

Tangkuban Perahu

6

Trans Studio Bandung

2. Banda Aceh

Ibu kota kepada Aceh ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Walaupun pernah musnah akibat dilanda tsunami satu ketika dahulu, para pelancong kini semakin membanjiri Banda Aceh selepas menyedari kewujudan destinasi-destinasi pelancongan yang cukup hebat di kota ini. Antaranya seperti:-

7

Pantai: Abadikan saat indah anda mandi-manda atau “surfing” di pantai Lampuk yang airnya jernih seperti kristal dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang. Pasirnya yang lembut, airnya yang dipenuhi ikan-ikan dan ketinggian ombaknya yang sempurna membolehkan anda berenang sepuas hati, ber”sunbathing” selama mana anda mahu dan juga ber”surfing” bersama rakan-rakan. Turut tersedia ialah gerai-gerai tempatan yang menjual air kelapa segar serta ikan bakar. Salah satu pantai tersebut ialah pantai Lampuk.

8

Diving/menyelam: Sekiranya anda seorang diver, Pulau Weh yang terletak 20 minit daripada Banda Aceh merupakan gem tersembunyi untuk mereka yang ingin menerokai keindahan laut dalam. Lebih menarik, ada satu lokasi di pulau ini yang dikenali sebagai “Km 0” (Kilometer Zero). Ia adalah lokasi persempadanan di mana bermulanya negara Indonesia. Selain itu, hidupan laut di Pulau ini amat unik, pelbagai dan sukar ditemui di tempat lain kerana di sebelah kirinya adalah Lautan India sementara di sebelah kanannya adalah Lautan Pasifik.

9

Makanan: Pencinta makanan pastinya akan pulang dari Banda Aceh dengan berat badan bertambah beberapa kilogram. Ini kerana kota ini menyajikan pelbagai jenis hidangan yang pastinya membuatkan anda terliur. Antaranya seperti kari kambing Indonesia yang dimasak secara tradisional, mie Aceh, sate Matang, ayam tangkap Aceh, pliek U dan banyak lagi. Lepas makan terus pergi tidur tepi pantai. Terbaik!!!

10

3. Lombok

Lombok kini semakin mencuri perhatian para pelancong kerana ia mampu memberikan percutian di dalam sebuah dunia yang jauh dari keriuhan kota dan sentuhan pembangunan. Destinasi-destinasi mempesonakan di pulau ini begitu banyak dan terpelihara dengan sempurna sekali. Untuk makluman, Lombok juga turut dikenali sebagai “the better Bali” di kalangan para pelancong.

11

Sekiranya anda seorang pencinta pantai, Lombok adalah destinasi sempurna buat anda. Pulau yang terkenal dengan gunung yang berdiri megah, Gunung Rinjani ini memiliki pantai-pantainya yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain antaranya adalah pantai berwarna merah jambu, pantai berpermukaan seperti di planet krypton dan banyak lagi yang sukar dipercayai pandangan mata. Antara tempat-tempat menarik di Lombok adalah:-

12

Gili Kedis – pulau kecil yang berpasir putih, berbatu karang unik dan kejernihan air yang memperlihatkan ikan-ikan berwarna-warni pasti akan membuatkan anda teruja

13

Pantai Semeti – turut dikenali sebagai pantai Krypton, batu-batunya yang berlapis memastikan gambar Instagram anda confirm awesome dan menarik

14

Bukit Pergasingan – terletak pada ketinggian 1670 meter dari aras laut, anda akan dapat melihat pemandangan petak-petak sawah dan kebun yang berwarna-warni terbentang ibarat tikar selepas tiba di puncaknya

4. Surabaya

Ingat melamar kekasih hati yang tercinta tetapi ingin melakukan dengan cara yang sangat-sangat special. Beli tiket kapal terbang ke Surabaya hari ini juga dan katakan “Will You Marry Me?” kepada si dia di atas Gunung Bromo ketika matahari sedang terbenam. Dengan sinaran matahari yang semakin malap, pastinya si dia akan berkata “Yes, I do” dan tidak akan melupakan saat itu sampai bila-bila.

15

Sekiranya anda ingin mengambil gambar seolah-olah berada di negara Jepun, Surabaya mempunyai Hutan Bambu dan Taman Sakura yang terkenal dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Kalau nak buat pre-wedding atau post-wedding photoshoot ini adalah salah satu lokasi yang anda boleh shortlistkan.

16

Bab makan di Surabaya tidak perlu risau kerana juadah-juadah yang boleh didapati pastinya akan menepati citarasa anda. Buat yang suka menikmati sesuatu yang baru, Surabaya cukup terkenal dengan Lontong Balap (sup lembu + nasi himpit + taugeh), Tahu Tek (telur goreng) yang dijual di gerai tepi jalan dan juga Rawon (sup lembu hitam) yang pasti membuatkan anda ketagih.

17

5. Padang

Sebut sahaja Padang, Indonesia, perkara pertama yang akan kita bayangkan ialah makanannya. Sememangnya Padang terkenal sebagai syurga makanan buat para pelancong. Kalau anda seorang kaki makan, bersiap sedialah untuk berat badan anda bertambah berkilo-kilogram. Untuk memudahkan anda, Abang Nara dah senaraikan beberapa restoran dan makanan mereka yang terkenal. Pergi sana nanti Google je nama restoran-restoran ini untuk makan sampai kembung perut.

18

Resto Selamat (rendang)

19

Sate Danguang (sate padang)

20

Gili (Gulai Itiak Lado Ijau) (gulai itiak)

21

Apollo Seafood (ikan balado)

Paling penting jangan lupa untuk makan nasi Padang, yang merupakan makanan ikonik penduduk tempatan. Tue kalau tak makan memang tak lengkaplah percutian korang di sini.

6. Bali

Tidak lengkap rasanya senarai ini sekiranya tidak memasukkan Bali sebagai salah satu destinasi pelancongan di Indonesia. Dengan pantai-pantainya yang

22

First thing first, sekiranya anda mengambil keputusan untuk bercuti ke Bali, pastikan anda sekurang-kurangnya meluangkan masa 1 minggu di pulau ini. Terlalu banyak tempat best yang boleh anda lawati. Antaranya seperti:-

23

Pura Luhur Uluwatu – selain daripada pemandangannya yang “breathtaking”, anda juga boleh menyaksikan tarian tradisional Kecak yang diadakan setiap hari pada pukul 6 petang berlatar belakangkan pandangan matahari terbenam di sini

24

Tanah Lot Temple – kedudukannya di tengah-tengah laut memastikan telinga anda tidak berhenti daripada mendengar bunyi ombak laut sepanjang anda berada di sini. Pemandangannya tak perlu lah nak cakap macam mana lagi. Memang awesome sangat-sangat

25

Kintamani – cuaca sejuk di kawasan perkampungan ini kerana lokasinya di kawasan tanah tinggi dan berdekatan dengan pergunungan, memang menggeletar badan dibuatnya jika tidak memakai baju yang sesuai. Pemandangan yang disajikan pasti membuatkan anda rasa berbaloi-baloi dengan percutian ke Bali

26

Tegallalang Rice Terraces akan membuatkan anda rasa kehairanan kerana seolah-olah anda melihat sebuah lukisan. Kawasan sawah padi serba menghijau ini pasti akan mendatangkan rasa damai dan menenangkan jiwa anda. Jangan lupa untuk menikmati makan tengah hari di sini untuk pengalaman yang cukup unik

Selain daripada 5 lokasi di atas, ada banyak lagi destinasi-destinasi lain seperti Pontianak, Palembang, Semarang, Makassar dan Yogyakarta yang mempunyai keunikan masing-masing. Kenalah buat pilihan berdasarkan kegemaran dan jenis percutian yang anda idamkan. Yang pasti, AirAsia kini menyediakan promosi harga yang cukup menarik serendah RM49 khas untuk ahli-ahli AirAsia dan RM54 untuk mereka yang bukan ahli. 

Selamat terbang ke Indonesia dan selamat bercuti!!!



Advertisement