Written by serenity | April 27th, 2015

Untuk makluman, semalam telah berlangsung majlis sambutan ulangtahun kelima kelahiran anak perempuan Dynas Mokhtar, Khyra. Majlis ini berlangsung di rumah ibu bapa Dynas di Shah Alam, dengan tema Princess Power.
 photo 11149723_10153879544969240_515232338899520451_o.jpg
Dynas dan keluarga telah mengenakan pakaian dari warna tema merah jambu. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan baby Lara Alana yang super cute.

Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan REDPhotography. Sila like fanpage RED beramai-ramai.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

KONSERT CAK LEMPONG EKSTRAVAGANZA 2015Jangan lupa dating menyaksikan dan memeriahkan Konsert Cak Lempong Ekstravaganza…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 April 2015

 
Written by AbangNara | November 18th, 2014

Selepas dibukakan akaun Instagram (yang sudah mencecah lebih 200 ribu pengikut), kini Lara Alana telah mempunyai akaun Facebook. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara sebentar tadi, jumlah LIKE yang diterima sudah pun menghampiri angka 50 ribu. Pergh!!! Baru buka sehari (tak sampai 24 jam pun lagi) dah banyak itu. Pastinya kecomelan Lara Alana menjadi daya tarikan yang amat tinggi.

lara alana

Sebelum kewujudan akaun rasmi ini, terlalu banyak akaun palsu yang menggunakan nama Lara Alana. Pastikan anda LIKE yang betul iaitu https://www.facebook.com/laraalana.schawal. Kalau tersilap LIKE nanti penuh pula Facebook anda dengan iklan-iklan yang mengarut. Abang Nara paling benci perkara tersebut. Kita LIKE untuk tahu perkembangan semasa, bukan nak baca iklan setiap 2 saat.

lara alana

Lagi beberapa gambar si comel Lara Alana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Rupa superhero jika mereka wujud pada abad ke 16

 
Written by AbangNara | September 12th, 2014

Yeah~~~ Seronoknya kecik-kecik dah dapat berjalan-jalan bersama ibu bapa tercinta. Teringat pengalaman Abang Nara bawa Aariz jalan-jalan satu ketika dahulu. Cuak jugak. Iyerlah, nak naik kapal terbang sampai 3,4 jam. Kalau menangis tak berhenti mahu kelam-kabut dibuatnya. Nasib baiklah masa itu Aariz kecil lagi dan tak banyak buat perangai. Kalau tak mahu stress sepanjang percutian.

awal dan scha

Melihat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya membawa anak mereka Lara Alana ke Perth, Australia membuatkan Abang Nara turut teringat kenangan dulu.  Seronok sangat-sangat berjalan sambil bawak anak. Walaupun penat mendukung, kebanyakan gambar mesti ada si anak turut sama ber’posing’ walaupun dia masih kecil dan tak faham apa-apa. Hehehe. Inilah perasaan seorang ibu bapa yang hanya akan dirasai apabila anda turut sama memegang gelaran tersebut.
;ara

Selamat bercuti Abang Nara ucapkan kepada Awal, Scha dan Lara Alana. Jalan elok-elok terutamanya kesihatan si Lara itu. Kalau nampak tak sihat mungkin boleh berehat seketika. Apa pun, Lara Alana memang comel sangat-sangat. Geram dibuatnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 25th, 2014

Ya Allah. Comelnya anak sulung Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Akhirnya penantian untuk menatap wajah si comel ini berakhir jua. Scha telah berkongsi sekeping gambar yang jelas menunjukkan wajah anaknya. Walaupun agak jauh, tetap terserlah kecomelan puteri Scha dan Awal ini. Menariknya, Scha tulis menulis caption ‘Hey Lara Lodin‘ di dalam salah satu gambar. Mungkin itu adalah nama penuh anak mereka.

lara lodin

Tambah comel apabila Yusry dan Lisa Surihani yang hadir berhari raya ke rumah Awal dan Scha turut sama membuat sesi ‘bonding’ bersama Lara. Memang terserlah ciri-ciri dan gaya keibuan Lisa. Pandai dah dukung baby. Insya Allah satu hari nanti akan dimurahkan rezeki untuk menimang anak sendiri. Sama-samalah kita doakan.

lara lodin

Lagi beberapa gambar Lara Lodin, anak Awal dan Scha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

UPDATE: Daripada informasi yang diterima, nama penuh anak Awal dan Scha bukanlah Lara Lodin seperti yang Abang Nara tulis. Mungkin ia adalah nama panggilan/nama manja semata-mata. Maaf atas kekeliruan.