October 19th, 2018

Kisah pergolakkan rumah tangga seorang pengacara TV antarabangsa, Joey G dan juga model serta pengacara, Patricia K sudah lama menjadi bualan di media sosial. Pelbagai isu yang timbul termasuklah dakwaan Joey mengatakan isterinya pernah curang sebanyak lima kali.

Dalam proses untuk bercerai, pertelingkahan mereka semakin hangat apabila Patricia mendakwa Joey telah membawa lari anak mereka, Sophia Sue Lin ke luar negara secara senyap tanpa pengetahuannya. Namun, perkara itu dinafikan oleh Joey.

Masing-masing tidak berpuas hati mengenai isu penjagaan anak mereka yang baru berusia dua tahun.

Terbaru, Patricia menerusi akaun Instagramnya memberitahu betapa beliau rasa gembira kerana akhirnya beliau berjaya mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya itu.

Sebagai seorang rakan kepada Patricia, pengacara dan pelakon Sazzy Falak turut memberikan respon terhadap perkara itu.

Sazzy yang turut bergembira dengan berita itu merasa kagum dengan semangat seorang ibu yang dimiliki oleh Patricia dan melihat sendiri segala keperitan yang sudah dilalui oleh model itu dalam rumah tangganya.

Nyata kenyataan Sazzy itu yang ibarat campur tangan dalam masalah mereka menimbulkan kemarahan Joey. Bermula lah beberapa episod ‘perang’ di Instagram termasuk pembongkaran mengejutkan dimana Sazzy didakwa mabuk di rumah Joey bersama Patricia sebelum ini.

Bagaimanapun, Sazzy nampaknya sangat tenang sahaja dan menerusi sebuah video di Insta Stories, beliau menjelaskan ia hanya dakwaan tidak berasas. Erm..

August 5th, 2013

Ingat tak lagi mengenai applikasi Rexona Move yang pernah Abang Nara kongsikan dahulu? Tahukah anda, hasil usaha seluruh rakyat Malaysia, jarak sejauh 10,695km telah berjaya dicapai. Lebih mengkagumkan, pencapaian ini dilakukan hanya dalam tempoh kurang daripada 4 minggu. Memang awesome!!!

rexona moveSehubungan dengan pencapaian ini, tibalah masanya untuk Rexona mengotakan janji yang telah mereka taburkan. Janji itu tak lain tak bukan, membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Destinasi pertama yang telah dilawati untuk tujuan ini ialah Pusat Jagaan Hembusan Kasih di Perlis.
rexona move24 kanak-kanak yang berada di situ telah menerima educational toys seperti Lego, Monopoly dan Scrabble. Pasti mereka seronok dapat mengisi masa lapang dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. Di Kedah, Rexona telah membantu kanak-kanak Rumah Budi teknik berenang dengan betul selama 10 minggu. Suka la budak-budak tue main air. Confirm best!!!
rexona movePaling menarik bagi Abang Nara ialah aktiviti yang dilakukan oleh Rexona di Pulau Pinang bersama 30 orang kanak-kanak di Children Protection’s Society. Kanak-kanak ini telah bersuka ria dalam sesi menari yang penuh dengan keseronokan dan gelak tawa. Kalau Abang Nara ada kat situ confirm Abang Nara join diorang punya. Hehehe.
rexona moveBanyak lagi tempat yang akan dilawati oleh Rexona Move untuk mengotakan janji mereka. Selepas menderma buku-buku dan peralatan persekolahan kepada kanak-kanak di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Aman Perak, perhentian seterusnya ialah Terengganu, Kelantan dan Pahang. Macam-macam aktiviti menarik akan dilakukan bersama kanak-kanak kurang bernasib baik di sana.
rexona moveUntuk pengetahuan korang, pasangan suami isteri Sazzy Falak dan Nash Idrus turut sama menyokong usaha murni Rexona Move ini. Sebagai ibu bapa, mereka memahami betapa pentingnya untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Semoga selepas ini, lebih ramai selebriti-selebriti yang terlibat dalam usaha seperti ini untuk memberikan lebih banyak kesedaran kepada orang ramai.
rexona moveTerima kasih Rexona Move kerana telah berjaya membantu kanak-kanak seluruh Malaysia dengan cara unik anda. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang telah sudi bergabung tenaga dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga tahun depan akan diadakan lagi aktiviti sebegini. Info lanjut mengenai Rexona Move, sila layari www.rexonamove.com.my

August 2nd, 2013

Celepets yang terdiri daripada Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair telah meraikan bersama anak anak dari Badan Kebajikan Siti Khadijah untuk berbuka puasa bersama mereka di Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa.

celepets

Rakan rakan Celepets yang lain seperti Atilia dan daphne Iking tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dielakkan.Anak anak dari Badan Kebajikan Siti Khadijah telah di jamu dgn pelbagai juadah. Celepets telah memberikan anak anak ini duit raya dan sedikit peralatan persekolahan mereka untuk sedikit sebanyak membantu mereka.

celepets

Ini satu usaha murni yang sangat bagus lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Tahniah buat Celepets. Semoga akan lebih ramai rakan artis yang meniru perbuatan seumpama ini. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook REDPhotography.

celepets
celepets
celepets
celepets
celepets
celepets
celepets
celepets
celepets
celepets

July 24th, 2013

Pastinya anda mengenali siapakah itu Alvin dan Vivian. Mereka ialangan pasangan kaum Cina yang telah berkongsi gambar berbuka puasa dengan Bah Kut Teh sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam Malaysia. Akibatnya, mereka berdua kini sedang di dalam proses perbicaraan mahkamah.
sazzy alvin vivianSemalam, menerusi akaun Facebooknya, Sazzy Falak dilihat telah berkongsi satu artikel yang seolah-olah menyatakan sokongannya terhadap tindakan Alvin dan Vivian ini. Abang Nara juga agak terkejut pada mulanya. Takkanlah orang secerdik Sazzy tidak mampu berfikir betapa negatifnya perbuatan Alvin dan Vivian ini.

sazzy alvin vivian

Susulan itu, ratusan komen telah diluahkan oleh peminat-peminat Sazzy Falak yang melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap pelakon ini. Ramai yang tidak sangka Sazzy begitu tidak sensitif mengenai agamanya sendiri.

sazzy alvin vivian

Namun sebentar tadi, Sazzy Falak menafikan yang perkongsian status Facebook tersebut dilakukan oleh dirinya. Kata Sazzy kepada Utusan Malaysia:-

Bukan saya yang kongsi artikel tersebut di laman Facebook saya. Tetapi saya mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut, bagaimanapun saya pasti tujuannya bukan untuk menjatuhkan saya.

Apa yang saya boleh kata, sebagai rakyat di negara berbilang kaum pasangan kontroversi ini juga seharusnya lebih sensitif dengan perkara berkaitan agama dan budaya.

Saya harus membaca kembali apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka berdua, bagaimanapun melihat respons orang ramai, pastinya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Saya pasti mereka seharusnya lebih sensitif mengenai hal ini. Dan saya tidak rasa ia bukan sesuatu perkara yang lucu, memandangkan perkara ini berkaitan agama dan budaya

Memang biasanya laman Facebook artis-artis ini diselia oleh orang lain. Diharap Sazzy dan artis-artis lain dapat memberikan panduan kepada mereka ini tentang apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di Facebook. Takut-takut jika berkongsi sesuatu yang kontroversi menyebabkan nama baik artis itu sendiri yang tercemar. Tak gitu?

P.S: Gambar “spyshot” Smart For Two 2014