Joey G Bongkar Sazzy Falak Mabuk Di rumahnya?

Hiburan

Joey G Bongkar Sazzy Falak Mabuk Di rumahnya?

Kisah pergolakkan rumah tangga seorang pengacara TV antarabangsa, Joey G dan juga model serta pengacara, Patricia K sudah lama menjadi bualan di media sosial. Pelbagai isu yang timbul termasuklah dakwaan Joey mengatakan isterinya pernah curang sebanyak lima kali.

Advertisement

Dalam proses untuk bercerai, pertelingkahan mereka semakin hangat apabila Patricia mendakwa Joey telah membawa lari anak mereka, Sophia Sue Lin ke luar negara secara senyap tanpa pengetahuannya. Namun, perkara itu dinafikan oleh Joey.

Masing-masing tidak berpuas hati mengenai isu penjagaan anak mereka yang baru berusia dua tahun.

Terbaru, Patricia menerusi akaun Instagramnya memberitahu betapa beliau rasa gembira kerana akhirnya beliau berjaya mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya itu.

Sebagai seorang rakan kepada Patricia, pengacara dan pelakon Sazzy Falak turut memberikan respon terhadap perkara itu.

Sazzy yang turut bergembira dengan berita itu merasa kagum dengan semangat seorang ibu yang dimiliki oleh Patricia dan melihat sendiri segala keperitan yang sudah dilalui oleh model itu dalam rumah tangganya.

Nyata kenyataan Sazzy itu yang ibarat campur tangan dalam masalah mereka menimbulkan kemarahan Joey. Bermula lah beberapa episod ‘perang’ di Instagram termasuk pembongkaran mengejutkan dimana Sazzy didakwa mabuk di rumah Joey bersama Patricia sebelum ini.

Bagaimanapun, Sazzy nampaknya sangat tenang sahaja dan menerusi sebuah video di Insta Stories, beliau menjelaskan ia hanya dakwaan tidak berasas. Erm..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...