Written by Bella | December 5th, 2017

Sudah lebih seminggu sah bergelar isteri kepada Fattah Amin, pelakon jelita Nur Fazura mengakui sedang melalui fasa perkahwinan memberikan kebahagiaan buat dirinya. Fazura merasa seronok menjalani tugas sebagai seorang isteri dan syukur dikurniakan seorang lelaki yang baik sebagai peneman hidupnya.

Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak. Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya.

Fazura dan Fattah tidak boleh berpisah lama meskipun atas dasar kerja kerana masing-masing akan saling merindui selepas mereka sah berkahwin pada 27 November lalu.

Memang inilah yang akan dirasai oleh setiap pasangan pengantin baru, memang tidak boleh berpisah lama dan asyik nak berkepit ke mana sahaja kan? Akhirnya Fazura yang enggan berkahwin sebelum ini sudah dikurniakan lelaki yang terbaik buat dirinya. Semoga kekal sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita : Berita Harian