May 2nd, 2018

Genap seminggu menimang cahaya mata sulung mereka, pelawak Jep Sepahtu dan isteri tercinta, Sari Yanti mendedahkan wajah serta nama anak perempuan mereka.

Menerusi akaun Instagram Jep, beliau memuat naik foto comel bayinya, Dariya Inara yang sedang tersenyum manis.

Rata-rata peminat memuji kecomelan serta mendoakan agar Dariya Inara membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang solehah.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Jep dan Sari Yanti. Semoga kebahagiaan keluarga mereka bertambah dengan kehadiran orang baru. Memang comel betul anak mereka berdua.

Advertisement
April 26th, 2018

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sari Yanti dan suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam. Berita gembira itu diumumkan di akaun Instagram Sinar FM.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Sari Yanti dan Jep mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sering berdoa agar proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan anda, cahaya mata sulung pasangan ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan rakan pelawak serta konti Jep iaitu Rahim.

Semoga dengan kehadiran orang baharu  ini, rumah tangga Sari Yanti dan Jep akan lebih bahagia dan dilimpahi dengan rezeki. Tidak sabar kami ingin melihat wajah bayi mereka.

Advertisement
June 16th, 2017

Baru-baru ini, Jep Sepahtu menyampaikan khabar berita dimana isterinya, Sari Yanti kini sudah berhijab sepenuhnya. Berita tersebut mendapat reaksi yang positif daripada peminat yang turut mendoakan Sari Yanti terus beristiqamah dalam penghijrahannya itu.

Sari Yanti juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik beberapa foto beliau mengenakan hijab. Foto beliau mendapat pujian netizen yang rata-rata memberikan komen Sari Yanti kelihatan lebih cantik berhijab.

Ermm, memang indah betul ciptaan Tuhan apatah lagi bila Sari Yanti menutup aurat sepenuhnya. Memang beruntung Jep dapat isteri yang cantik. Semoga Sari Yanti diberikan kekuatan dan semangat untuk terus mengekalkan imejnya ini sehingga akhir hayat.
nita cosmeticsP.S: Selain dari nama bandar di Turki, Ankara, Antalya, Izmir, Cappadocia dan Istanbul adalah koleksi Moist Jumbo Lipsticks yang terbaru dari NITA. Diilhamkan ketika mengembara di negara penuh sejarah ini, NITA juga telah mengeluarkan koleksi Eyeshadow Palette yang diberi nama Grand Palace, Spice Bazaar dan Turkish Delights. Kesemuanya diinspirasikan ketika NITA berada di Turki. Jadi sempena raya ini, apa kata berikan sedikit kelainan kepada wajah anda dengan lipstick dan eye shadow pallette terbaru dari www.nitacosmetics.com ini? Barulah akan tampak lebih jelita dan unik dari biasa.

Advertisement
June 4th, 2017

Pelawak Jep Sepahtu seakan memberikan bayangan isteri tercintanya, Sari Yanti kini sudah berhijab sepenuhnya apabila memuat naik foto Sari Yanti yang begitu manis mengenakan hijab dengan kapsyen berkaitan istiqamah di akaun Instagram miliknya semalam.

Alhamdulillah. Dengan izin dan gerakNya. Semoga terus istiqamah. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak.

Tentu sekali foto tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat pasangan ini yang mendoakan kesejahteraan mereka. Rata-rata peminat juga memuji perubahan Sari Yanti itu.

Alhamdullillah, harapnya Sari Yanti akan mengekalkan perubahan beliau itu sehingga akhir hayat. Semoga beliau dan Jep juga kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Advertisement