June 9th, 2016

Tiga bulan lagi penyanyi Sam Bunkface bakal bergelar bapa. Isterinya Aida dijangka bakal bersalin pada 9 September ini dan Sam akui beliau merasa tidak sabar tetapi pada masa yang sama berdebar menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Sam masih belum mengetahui jantina anaknya dan sebenarnya tidak kisah dengan perkara berkenaan.

Syukur, tak lama lagi saya akan jadi bapa. Sudah tentu saya sangat gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran anak pertama.

Bagaimanapun, sehingga kini saya belum tahu jantina bayi kerana mahu ia jadi kejutan. Saya serahkan kepada isteri untuk mengumumkanya. Terus terang, saya tidak kisah sangat soal jantina asalkan sihat, itu sudah cukup.

Sam pada masa yang sama memberitahu beliau tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya kepada umum dan ingin menjaga privasinya. Tiada akaun Instagram buat anaknya, tetapi sekali sekala Sam tetap akan berkongsi foto anaknya itu di media sosial beliau khas untuk tatapan peminat.

Saya mahu zuriat kami membesar secara normal seperti anak orang lain. Bagaimanapun, tidak bermakna saya sorok anak kerana tetap berkongsi gambarnya untuk tatapan peminat.

Kalau tanya sama ada saya akan membuka akaun Instagram rasmi untuknya nanti, ia tidak mungkin berlaku. Bagi saya, dia berhak menikmati kehidupan privasi dan menjalani kehidupan sederhana.

Siapa yang tidak teruja untuk menanti saat anak sulung mereka dilahirkan bukan? Kami harap isteri dan anak Sam didalam kandungan sihat dan semoga segala proses bersalin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

January 14th, 2016

Melalui rancangan televisyen realiti mengenai dirinya, pelakon Nur Fazura  mengakui sewaktu menjayakan penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia, dia dan Shaheizy Sam pernah bercinta.  Setelah Fazura membuat kenyataan itu, Shaheizy Sam tetap mempertahankan kenyataannya bahawa mereka hanya berkawan saja, bukan bercinta.

Memandangkan Sam akan berkahwin dengan Syatilla Melvin pada Februari, Fazura memberitahu Berita Harian bahawa dia mendoakan kebahagiaan Sam, malah sudi hadir ke majlis perkahwinan mereka sekiranya dijemput.
 photo 10249399_190012844685744_1489539235_n.jpg

Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu.

Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

Kata Fazura, dia tiada sebab bersedih dengan berita perkahwinan mereka berdua.

Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya. Saya gembira untuknya.

Fazura memberitahu percaya kepada ketentuan Allah malah merasakan jodohnya sendiri semakin hampir dan sudah bersedia bergelar isteri.

Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya.

Betul juga kata Fazura itu. Orang sudah mahu membina rumahtangga maka selayaknya kita dokan kebahagiaan orang tersebut. Fazura boleh menemui cinta dan kebahagiaan bersama insan lain. Doakan Fazura akan bertemu jodoh yang sesuai buatnya.

October 1st, 2015

Filem aksi berbahasa Melayu, Polis Evo, kini ialah filem Malaysia yang mencatat kutipan tertinggi 2015 setelah berjaya mengutip RM 8 juta sejak ditayangkan di pawagam 17 September lepas.

Lapor Cinema Online, ini menyebabkan pelakon utamanya, Shaheizy Sam, yakin bahawa filem itu mampu memecahkan rekod kutipan yang dibuat oleh filem The Journey pada tahun 2014.

Buat masa ini, The Journey ialah filem Malaysia yang berjaya membuat kutipan tertinggi sepanjang zaman iaitu sebanyak RM 17.6 juta. Kata Sam di majlis pratonton media filem terbarunya ‘Rembat’:

Melihat kepada kutipan Polis Evo sekarang, saya rasa kami boleh mengalahkan ‘The Journey.

The Journey ialah sebuah produksi Astro Shaw, sama seperti Polis Evo. Astro Shaw beritahu saya The Journey tidak membuat banyak kutipan pada minggu pertama tayangannya, tetapi mula mendapat kutipan yang lumayan pada minggu kedua.

Tetapi untuk Polis Evo, sejak hari pertama tayangannya sehingga hari ini–tiketnya masih habis terjual! Jadi saya percaya ia mampu mengalahkan rekod The Journey.

Polis Evo juga dibintangi oleh Zizan Razak telah menerima maklumbalas dan reaksi positif dari penonton dan pengkritik filem tempatan, dan Sam gembira kerana masih ramai yang menyokong industri filem tempatan.

Sam menambah yang walaupun Polis Evo telah mengutip RM 8 juta, dia tidak membuat sebarang keuntungan.

Astro Shaw tidak menjanjikan bonus. Terpulanglah pada mereka jika mahu memberi insentif kepada individu yang membantu pengeluaran filem itu, tetapi saya tidak meminta apa-apa.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo mengisahkan dua orang inspektor polis, Inspektor Khai dan Inspektor Sani yang perlu mengetepikan perbezaan personaliti mereka untuk melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah.

Filem Sam yang seterusnya, ‘Rembat’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 Oktober. Filem itu mengisahkan dua peminat fanatik pasukan bolasebak kebangsaan, Chin Chye (Ah Niu) dan Malik, yang mengalami kembara penuh kelakar sewaktu cuba menonton satu perlawanan antara Malaysia dan Thailand.

Tahun ini, kutipan filem Malaysia tidak memberangsangkan langsung tetapi kutipan yang dibuat oleh Polis Evo memberi sinar baru kepada industri filem yang seakan hampir mati. Diharap lebih banyak filem akan berjaya mendapatkan kutipan cemerlang seperti ini untuk menyemarakkan industri filem negara.

Jom saksikan Bangsawan ‘Anak Raja Anak Papa’ pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015

August 29th, 2012

Agak menyedihkan apabila filem sehebat SAM arahan Syafiq Yusof ini sekadar mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari tayangannya. Kemungkinan besar timing tayangannya iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk ke wayang. Ada ke orang tengok wayang time hari raya?

kutipan filem sam

Abang Nara yakin kalau filem SAM ini ditayangkan seminggu selepas raya pasti kutipannya lebih mantap. Apa pun Syafiq Yusof yang diiktiraf sebagai pengarah filem termuda Malaysia masih gembira dengan kutipan sederhana ini:-

Alhamdulilah, setakat ini SAM sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM1.4 juta dan saya berpuas hati dengan jumlah itu kerana perlu bersaing dengan dua lagi filem tempatan yang ditayangkan serentak dengan SAM.

Kalau anda masih belum menonton filem SAM, silalah bersegera ke panggung wayang dan menikmati salah satu filem terhebat Malaysia. Kalau tak silap Abang Nara, masih ada wayang yang memainkan filem ini. Sila pergi sebelum terlambat.