“Kalau Apa-Apa Tanya Dia” – Sam Bunkface Minta Aida Jawab Sendiri Isu Nafkah Anak

Hiburan

“Kalau Apa-Apa Tanya Dia” – Sam Bunkface Minta Aida Jawab Sendiri Isu Nafkah Anak

Penyanyi vokalis kumpulan Bunkface, Sam enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung pindaan bayaran nafkah anak yang dituntut kepada bekas isterinya, Aida Azira Husin.

Ketika ditemui di sesi perbicaraan di Mahkamah, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Anuar Baharom berkata dia tidak mahu memberi komen kerana kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini telah lengkap.

Advertisement

Saya tak boleh komen sebab kenyataan yang keluar sebelum ini dah lengkap. Sekarang, kes ini sedang berjalan.

sam

Sumber: Utusan

Insya-Allah semuanya lancar dan sedang menunggu tarikh seterusnya. Segala maklumat, saya dah berikan dalam kenyataan sebelum ini. Terima kasih.

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 35 tahun itu turut meminta pihak media untuk bertanya sendiri kepada pihak Aida mengenai isu nafkah anak.

Itu kena tanya dia lah.

Sam dilihat hadir ke mahkamah bersama isteri baharunya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Info tambahan, Sam dan Aida telah berkahwin pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq, namun memutuskan untuk bercerai pada Januari 2019.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aida bekas isteri sam
1 year ago

"Orang Sekeliling Akan Tahu Hakikat Sebenar" - Bekas Isteri Sam Enggan Komen Lebih, Biar Mahkamah Buat Keputusan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...