Written by AbangNara | May 27th, 2015

Baru sahaja bergelar suami kepada Aida Azira pada 25 April lalu, Sam Bunkface melahirkan rasa terujanya dengan kehidupan rumah tangga yang amat menyeronokkan. Hehehe. Abang Nara dah tau lama dah. Namun Sam masih berada di dalam fasa honeymoon. Memang semua benda tengah manis sekarang ini. Masih banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi di masa hadapan.
sam bunkfaceDalam perkahwinan tak semuanya manis. Ada juga yang pahit. Namun itulah keseronokan mempunyai seorang suami/isteri di samping kita. Segala masalah, segala duka, dan segala suka dapat dikongsikan bersama. Tak adalah keseorang menempuh segala masalah. Kata Sam:-

Macam dulu saya ingat boleh hidup sendirian tetapi bila difikirkan kembali kehidupan berumah tangga lebih bagus kerana ada orang jaga serta sayang kita dan saya rasa kehidupan kini semakin terurus walaupun belum ada anak lagi.

Saya juga berasa perbezaan yang lain kerana bila bangun dari tidur boleh liihat isteri berada di sebelah dan dia menyambut bila balik tetapi saya perlu banyak lagi pengalaman untuk mengharungi alam kehidupan berumah tangga.

Kini setiap keputusan yang hendak dilakukan saya perlu berbincang dan mencapai persetujuan bersama pasangan kerana itulah sebenar perkahwinan bagi saya.

Sebelum membuat keputusan saya perlu fikirkan mengenai isteri terlebih dahulu kerana jika kita melakukannya tanpa berfikir mengenai pasagan, kita sebenarnya seorang selfish (pentingkan diri) jadi perkara itu yang saya belajar selepas berkahwin

sam bunkface

Betul kata-kata Sam itu. Sebagai suami, sememangnya kita ketua keluarga namun buah fikiran isteri tercinta juga diperlukan ketika membuat sebarang keputusan. Tahun ini dah masuk tahun keempat Abang Nara bergelar suami. Macam-macam dah ditempuhi. Nanti bila Sam dan Aida dah ada anak, lagilah kehidupan akan berubah. Namun itu semua asam garam sebuah perkahwinan. Yang penting, hati kena jujur, sabar dan bantu membantu. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: AES bakal dipasang di 262 lokasi baru

Written by Bella | April 3rd, 2015

Bakal bernikah tidak lama sahaja lagi, Sam Bunkface dalam satu kenyataan terbaru memberitahu beliau merasa tidak tentu dan sedikit gementar apabila menantikan saat beliau  bakal bergelar suami nanti.

Saya tidak pernah berkawin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-campur.

Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru.

Jelas Sam, segala persiapan yang dijalankan setakat ini berjalan dengan lancar dan akan diadakan secara sederhana dimana beliau cuma menjemput rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga sahaja.

Sam bakal bernikah dengan Aida Azira yang merupakan seorang penerbit di TV3. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Dewan Sapura Building, The Mines manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada tanggal 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.

Setiap bakal pengantin akan merasa gementar apabila saat mereka bakal bernikah akan tiba tidak lama lagi. Sedikit pesanan dari kami, walaupun perasaan berdebar itu ada pasti semuanya akan berjalan lancar kerana niat didalam hati. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online

 

Written by AbangNara | November 12th, 2014

Hubungan antara Sam Bunkface dan Aida Azira yang merupakan seorang penerbit rancangan di TV3 bukanlah satu rahsia lagi. Mereka baru-baru ini telah pergi bercuti bersama-sama di Pulau Tioman bersama keluarga. Dalam diam rupa-rupanya Sam dan Aida telah pun mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu. Jutaan tahniah diucapkan buat anda berdua atas berita gembira ini.

sam bunkface dan tunang

Majlis pertunangan pasangan merpati 2 sejoli ini telah berlangsung di Masjid Tanah Melaka dengan dihadiri oleh keluarga terdekat. Untuk makluman, Sam dan Aida masing-masing berusia 27 tahun. Molek benarlah tue dah buat perancangan untuk bergelar suami isteri. Kata Sam:-

Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan.

Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya. Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak.

sam bunkface dan tunang

Tahniah sekali lagi buat Sam dan Aida. Banyakkan bersabar di fasa pertunangan ini. Darah tengah manis. Jangan terlalu mengikut emosi. Semoga anda berdua akan disatukan sebagai suami isteri mengikut apa yang telah dirancang. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | March 13th, 2014

Ya, berita sedih untuk gadis-gadis di luar sana yang memendam perasaan terhadap Sam Bunkface. Susulan tersebarnya gambar percutian dirinya bersama seorang gadis di Pulau Tioman, Sam mengakui sedang mengenali hati budi si gadis yang bernama Aida Azira Hussin. Untuk makluman, Aida merupakan seorang wartawan sebuah program hiburan.

sam bunkface aida

Amboi mesti Aida cair mendengar nyanyian “live” Sam Bunkface sambil memetik gitar. Nampak gembira sungguh mereka berdua kan? Jangan risau, kawan-kawan mereka turut sama ada dalam percutian ini. Mereka tidak pergi berdua. Kata Sam menerusi Kosmo hari ini:-

sam bunkface aida

Kalau sebelum ini Sam Bunkface pernah gagal dalam percintaannya bersama Juliana Evans, semoga kali ini ia akan berakhir ke jinjang pelamin. Rasanya umur Sam pun dah sesuai sangat untuk mendirikan rumahtangga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar RotiKaya.

P.S: Jerebu makin teruk, bacaan IPU tidak sihat