February 13th, 2020

Sejak beberapa minggu lalu, kecoh isu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengenakan pakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah yang telah mengundang kecaman hebat masyarakat.

sajat jakim

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki selepas bertemu empat mata dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kontroversi tersebut. Sehingga kini tiada dokumen perubatan rasmi yang membuktikan Sajat seorang wanita seperti sering didakwanya.

Terbaru, menurut Sajat dia bukannya tidak mahu membuat pemeriksaan perubatan berkaitan identiti dirinya di hospital tetapi dia tidak diberikan sebarang surat sokongan rasmi mengenainya. Sajat mengatakan dia bersedia untuk bertemu dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelesaikan isu identitinya melalui saluran rasmi.

sajat umrah

Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.

Kalau betul mereka (JAKIM) nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan.

sajat menangis cium kaabah

Sajat mendakwa, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identiti dirinya kepada pihak berkuasa, namun, alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi.

Saya pernah kena tipu, bukan saya tak cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan. Namun, sekarang, saya yang perlu menanggung semua ini sendirian.

sajat sedia jumpa jakm

Terdahulu, sekitar tahun 2018 Sajat pernah bertemu dengan pihak JAKIM berkaitan identiti dirinya. Sajat telah memberi reaksi bahawa dia telah memberitahu JAKIM jantinanya yang sebenar.

Ketika itu Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata,  JAKIMd imaklumkan bahawa identiti usahawan kosmetik itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

February 12th, 2020

Kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menunaikan umrah dengan berpakaian wanita lengkap bertelekung baru-baru ini, cukup hangat diperkatakan sehingga mendapat perhatian kerajaan. Tindakannya itu telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

mujahid kes sajat

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata kes berkenaan hanyalah satu isu kecil dan pihaknya enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Sajat.

Isu Sajat ini sudah jadi isu kecil, tiada komen.

mujahid kes sajat isu kecil

Enggan spekulasi tercetus, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan rasmi berkata, komen Datuk Seri Mujahid jangalah disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Ini kerana menteri dan kementerian  sentiasa memandang serius terhadap sebarang isu yang melibatkan umat Islam di negara ini.

kes sajat mujahid

Bagi isu melibatkan Sajat,  sebarang tindakan yang hendak diambil perlu memenuhi tiga aspek iaitu ia perlu mengurangkan kerisauan orang ramai, kandungan yang dimuatnaik di media sosial perlu diteliti dan perlu memastikan dia menghormati landasan dan syariat Islam di negara ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Mujahid meluahkan rasa kesal dengan tindakan Sajat yang didakwa telah mencemarkan imej Islam dan menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi.

sajat telekung umrah

Terdahulu, agensi pelancongan yang membawa usahawan kosmetik itu menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar. Bagaimanapun, sebaik sahaja berada di Makkah dia menukar penampilannya sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.

Selepas dikecam teruk Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan berkata dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain mahu dekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah.

Sumber Berita : Malaysia Gazette

Kredit Foto : The Star

February 8th, 2020

Setelah mencetuskan kontroversi dengan berpakaian seperti wanita di Tanah Suci, Makkah ketika menunaikan umrah dan dikecam teruk oleh netizen, akhirnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

sajat mohon maaf

Muncul dengan imej bertudung hitam sambil menangis, Sajat berkata dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain mahu dekatkan diri dengan agama dan  memberi fokus untuk beribadah.

“Salahkah saya dekatkan diri dengan Allah?”

 

Sajat mengakui dirinya merupakan seorang yang jahil tentang agama dan mahu belajar mendekatkan diri dengan Allah SWT dan Islam kerana sudah banyak mencari harta duniawi dan kini ingin mencari saham akhirat pula.

Dia berasa sedih kerana apabila dia cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik, orang ramai seolah-olah mahu menghukumnya.

sajat umrah

Terdahulu, Sajat dikecam teruk gara-gara tindakannya memakai pakaian menyerupai wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah. Ramai yang terkejut dan marah apabila dia tampil sebegitu di Tanah Suci dan seakan mempersendakan agama.

February 8th, 2020

Mengikut perancangan, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Februari selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

sajat umrah
Namun, menerusi laporan terbaru di Harian Metro, Sajat bersama keluarganya dan rakan mutawwif sudah pulang ke tanah air sehari lebih awal iaitu pada pagi Khamis lalu. Sajat dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri dan selamat tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan Sajat juga tidak ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

sajat menangis cium kaabahTerdahulu, tindakan Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita mengundang kemarahan ramai. Apa yang dilakukan oleh Sajat telah mencemarkan tanah suci tempat umat Islam beribadah dah turut memberi imej buruk kepada agama dan negara.Susulan kontroversi itu, agensi pelancongan yang membawanya menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.

Sumber Berita : Harian Metro