March 18th, 2020

Setelah dunia dikejutkan dengan wabak COVID-19 yang membimbangkan hingga meragut ratusan ribu nyawa, kerajaan Arab Saudi pula telah mengumumkan halangan sementara memasuki Makkah dan Madinah untuk melaksanakan ibadah umrah.

kekasih sajat

Sekatan ini tentunya memberi kesan kepada banyak pihak dan ramai yang mula mengatakan wabak berkenaan sebagai “bala” dan ada pula individu yang mengaitkannya dengan isu kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang berpakaian seperti wanita di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi akaun Instagramnya, Sajat meluahkan rasa berang terhadap pihak yang menuduh dirinya punca musibah berlaku.

sajat dituduh punca musibah

Rasa nak jumpa ustaz yang mengata aku! Apa masalah ustaz ini? Rasanya lockdown ini bukan kat Makkah saja kena!  Kau nak cakap fasal aku sentuh Kaabah, terus Makkah tak boleh masuk?

Habis itu, agensi yang menipu orang pergi umrah itu? Itu bukan bencana ke?

sajat umrah

Sajat pada masa yang sama, menggesa individu yang dirujuk sebagai ‘ustaz’ itu memberikan bukti yang kukuh daripada penganalisis dunia mengatakan dirinya yang memegang Kaabah menjadi punca Makkah ditutup.

Dah la ustaz, jangan buat fitnah, tak baik tau! Geramnya, tak kuasa saya macam ini! Menyampah!

sajat makkah

Sajat menegaskan penutupan dua kota suci umat Islam itu bukanlah kerana dirinya tetapi bagi mengekang risiko penularan COVID-19.

Terdahulu, meskipun dirinya dikecam hebat gara-gara berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah, Sajat berkata dia sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang berlaku dan berazam untuk menunaikan ibadah umrah setiap tahun.

Sumber Berita : mStar Online