February 8th, 2020

Mengikut perancangan, usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sepatutnya pulang ke Malaysia pada 7 Februari selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

sajat umrah
Namun, menerusi laporan terbaru di Harian Metro, Sajat bersama keluarganya dan rakan mutawwif sudah pulang ke tanah air sehari lebih awal iaitu pada pagi Khamis lalu. Sajat dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri dan selamat tiba di Malaysia kira-kira jam 5 pagi.

Difahamkan, perjalanan mereka berjalan dengan lancar dan Sajat juga tidak ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

sajat menangis cium kaabahTerdahulu, tindakan Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita mengundang kemarahan ramai. Apa yang dilakukan oleh Sajat telah mencemarkan tanah suci tempat umat Islam beribadah dah turut memberi imej buruk kepada agama dan negara.Susulan kontroversi itu, agensi pelancongan yang membawanya menunaikan umrah mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar.

Sumber Berita : Harian Metro

February 7th, 2020

Nampaknya usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman masyarakat dan tetap tenang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci serta meneruskan kehidupannya seperti biasa.

sajat video cium kaabah

Masih lagi mengenakan jubah wanita dan bertudung, Sajat memuat naik video dia menangis dan mencium Kaabah di Insta Story. Dia juga memuat naik beberapa lagi foto dirinya mengenakan jubah dan turut berpurdah.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Sajat memohon keampunan Allah atas segala dosa yang dilakukannya sebelum ini.

 

 

sajat cium menangis kaabah

Bagaimanapun, dia menutup ruang komen di Instagram mungkin kerana tidak mahu terus menerima kecaman netizen.

sajat menangis cium kaabahTerdahulu, Sajat berkata, soal pemakaian biarlah antara dirinya dengan Allah SWT asalkan niat utama dia ke sana adalah untuk beribadah.