January 8th, 2018

Setelah sekian lama memendam rasa dan tidak dapat menahan kesedihan di dalam hati, penyanyi Isma AF7 akhirnya mengakui rumah tangga beliau bersama Zul 2by2 tidak dapat diselamatkan lagi. Bagaimanapun, Isma belum bersedia untuk menjelaskan perkara sebenar yang menjadi punca rumah tangganya itu bermasalah.

Pergolakan rumah tangga Isma dan Zul mula menjadi tanda- tanya apabila kedua-duanya memuat naik status di media sosial menggambarkan tentang perpisahan dan kedukaan hati akibat dilukai.

Sukar untuk saya menjelaskan punca sebenar keretakan rumah tangga kami ketika ini. Namun, apabila sampai masanya, saya akan perjelaskan juga. Buat waktu ini, memang ia tidak dapat diselamatkan lagi dan dia sebagai suami pun tiada usaha untuk memperbaiki keadaan.

Saya redha dengan apa yang berlaku. Walaupun duduk serumah, dia tetap tak berubah dan tiada inisiatif untuk memulihkan perhubungan. Saya sudah berusaha mempertahankan rumah tangga ini dan lakukan sebaik mungkin untuk berbaik, namun begini juga kesudahannya.

Isma dan Zul berkahwin pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Harapnya Isma kekal tabah dengan dugaan ini, mungkin jodoh beliau dan Zul sampai di sini sahaja. Kadang-kadang jalan untuk berpisah adalah yang terbaik buat kedua-dua pihak agar tidak terus terluka.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 2nd, 2018

Pasangan Isma AF 7 bersama suaminya, Zul 2by2 antara yang mendapat pujian ramai kerana rumah tangga mereka yang kelihatan bahagia. Untuk pengetahuan anda, Isma juga kakak kepada penyanyi Tomok  berkahwin dengan Zul pada usia yang agak muda iaitu 19 tahun.

Namun, sejak beberapa hari lepas, ada yang mengatakan pasangan ini sedang menghadapi masalah. Semuanya bermula apabila Isma menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto bertudung yang dipercayai  netizen seakan hendak ke Mahkamah Syariah dengan kapsyen penuh tanda tanya.

Selepas itu Isma turut memuat naik foto menggambarkan hatinya sudah hancur dengan perbuatan orang tersayang.

Menguatkan lagi dakwaan tersebut, Zul beberapa bulan lalu ada menyatakan sesuatu tentang tekanan perasaan.

Adakah muat naik Isma dan Zul berkaitan dengan masalah rumah tangga mereka? . Kami harap pasangan ini kekal tabah dengan setiap dugaan mahupun masalah yang dihadapi, sudah hampir 20 tahun mereka berkahwin dan kami tahu ramai peminat juga mahu mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat mereka.