Written by Bella | January 8th, 2018

Setelah sekian lama memendam rasa dan tidak dapat menahan kesedihan di dalam hati, penyanyi Isma AF7 akhirnya mengakui rumah tangga beliau bersama Zul 2by2 tidak dapat diselamatkan lagi. Bagaimanapun, Isma belum bersedia untuk menjelaskan perkara sebenar yang menjadi punca rumah tangganya itu bermasalah.

Pergolakan rumah tangga Isma dan Zul mula menjadi tanda- tanya apabila kedua-duanya memuat naik status di media sosial menggambarkan tentang perpisahan dan kedukaan hati akibat dilukai.

Sukar untuk saya menjelaskan punca sebenar keretakan rumah tangga kami ketika ini. Namun, apabila sampai masanya, saya akan perjelaskan juga. Buat waktu ini, memang ia tidak dapat diselamatkan lagi dan dia sebagai suami pun tiada usaha untuk memperbaiki keadaan.

Saya redha dengan apa yang berlaku. Walaupun duduk serumah, dia tetap tak berubah dan tiada inisiatif untuk memulihkan perhubungan. Saya sudah berusaha mempertahankan rumah tangga ini dan lakukan sebaik mungkin untuk berbaik, namun begini juga kesudahannya.

Isma dan Zul berkahwin pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Harapnya Isma kekal tabah dengan dugaan ini, mungkin jodoh beliau dan Zul sampai di sini sahaja. Kadang-kadang jalan untuk berpisah adalah yang terbaik buat kedua-dua pihak agar tidak terus terluka.

Sumber Berita : BH ONLINE

24 responses to Sudah Lama Pendam Rasa Sedih, Cukuplah Sampai Disini – Isma AF7 Akui Rumah Tangga Bergolak

  1. Fight 4 Ur RiGhT says:

    kalo dah bigo Live 24jam…maunya x jadi lagu ni???

    5

    1
    • Miss Unibes says:

      Alahaiii anak2 dah dara teruna dah.

      3

      0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      ye la kalau dh tkde keserasian lagi lebih baik cerai aje jangan berpendam rasa n sakit hati..anak2 pon dh besar dh boleh berdikari sendiri ..dh boleh sangat fail kan perceraian..dh tk bimbang anak2 punye susu pempers..tapi walau pon anak dah lima isma maseh cantek n zul pon bertambah hensem..

      5

      0
    • Sakit hati says:

      Betul. Laki kita pon duk join live bigo dia nk masuk nyanyi punya pasal smpai bergaduh la kami laki bini. Anak xmik tau. Kita pon pnat jgak balik keje nk urus rmh lg nk wat order cust lg.

      2

      0
  2. jeng jeng jeng says:

    ada betina lain ke? harap isma & anak2 tabah mengharungi kehidupan mendatang.

    3

    1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      tekanan kate nye babtu dengan tiba2 aje laki dia prangai satu macam aje..tekanan ape minah jambu tak tau lah..anak2 dh besar2 tekanan pulak..emm..

      1

      0
      • anggun says:

        sebab ayah dia sakit kot..

        0

        1
        • minah jambu suka sahara yaakop says:

          kalau bapak sakit tkan anak isteri jadi mangsa nyee n berkelakuan yg bukan2 kt rumah..20taon kawin tkan skarang baru nak prangai..harap isma sabar ye ceria kan n hepening kan diri jangan fikir sangat ape yg berlaku rilek…

          1

          0
        • Shhh says:

          setahu aku Isma dgn Tomok yg ayah dia sakit…Zul aku tk pasti apa masalahnya..dia pun jrg menyanyi..tak tahu apa keja dia buat..pernah tgk dia aktif dkt Smule, then pernah menang duit dgn Elly dkt Koolfm…ntah lah..dulu ok je dorg ni..anak2 pun dh besar..fikir lah masak2..kecian dkt dorg, tekanan dorg nanti…tu sbb lah kalo isteri2 ni bila aktif semula dlm bidang seni..mesti ada sebab tertentu2..

          3

          0
  3. Mak Jemah says:

    20 tahun bukanlah sesuatu yg singkat dan mudah utk di harungi setiap pasangan. Terasa sayang dan rugi andai hubungan indah ini dibiarkan terlerai begitu sahaja. Harap Isma dan Zul sama2 berusaha pertahankan istana cinta mereka. Rendahkan ego masing2. Sekarang bukan masa utk hidup mengejar dunia. Tapi ‘harta’ akhirat juga perlu difikirkan.

    15

    0
  4. neddy blossom says:

    ingat lagi saat manis kowang berdua dulu.. zaman 2 by 2 baru nk up.. muka isma time tu seiras DS CT.. huhu..

    3

    0
  5. Anonymous says:

    better move on kak jgn jadi bodoh stay lagi utk laki mcm tu, anak2 pon da besar pandai berdikari. lebih baik hidup sndiri drpd sakit hati tapi laki x amek peduli.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    NAFSU…

    0

    0
  7. Mee Hoonnn says:

    asek smule je si zul ni..begelek gelek dlm bilik sorang2 mana tak nye..kalau aku la laki aku duk menyanyi2 gitu aku azan kan terus..xsemenggah je aku nengok

    43

    0
  8. benci penceraian says:

    isma ni aku ingat tadi dr halina bini sheikh muzaphar sama je kalau tengok!

    9

    0
  9. Damia says:

    Mungkin sebab zul rasa diri dh kembali fofuler/hensem lepas beberapa tahun dijemput jadi juri Dangdut Akademi Asia bagi stesen TV Indosiar, dah ada fans dari sana, dah mula rasa fofular & hensem…lupa la bini yg dah 20thn menikah. Awek2 Indon ramai yang kaya2 & lebih cantik drp Amyra Rosli & keturunan lebih kaya dari Dato Vida, yg suka dgn org2 popular….Move on je Isma. Sementara dia rasa dia popular nih. Esok lusa dah start sakit terlantar, x de job…baru ingat ank bini.

    6

    0
  10. Anonymous says:

    Sedih nya tgk masjid yg dibina sejak 20 tahun musnah.

    3

    1
  11. Anonymous says:

    Pkir anak2 bukan masanya pikir kang masing2 je.tu semua dunia.rambut pun dah kurang.sedar2lah.ingat2 mana yg penting dari kejar hidup bebas.

    0

    0
  12. Joyah Sport says:

    Zul ni nak ikutkan dr dlu kaki perempuan, mana perempuan yg dahi licin yg membuak2 nk jd penyanyi kat stu die amik ksempatan.. dia pernah menikah dengan kawan joyah sebelum isma famous masuk AF dlu.. Masa masih lagi menjadi suami kepada isma.. Bila isma da famous die tinggalkan je kawan Joyah tu.. Wallahualam.. xtau apa jd dgn kawan Joyah tu skang ni.. hilang tanpa berita..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    zaman sekarang orang suka bercerai berai artis ke tak retis….lebih2 lg yg batak kenal kenalan lain….

    0

    0
  14. Syfa says:

    Kalau dah sibuk kejar perempuan yang boleh Sponsor Dia. Mana tak! Dari Smule sampai ke Bigo, Zul Memang kaki perempuan. Tu si Linda pat Bigo belum habis lagi duit Zul kerjakan. Kesian Isma ter paksa tengok gelagat laki Macam Tu. Yang heran Tu, Hotel pat KL tak pulak tangkap basah si Zul Ngan Linda. Kita dah tahu lah pekong kau Zul. Apa pula Z Zaidi kata Bila artist Malaysia jahanamkan perempuan Singapura? Ok ke?

    0

    0

Leave a Comment

Optional