Written by Bella | January 11th, 2016

Lagi mengenai Nora Danish yang didakwa sebagai punca rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai bergolak. Ya, kami faham ada yang sudah bosan mengenai isu ini tetapi pelbagai kenyataan yang masih keluar dan mengaitkan Nora dalam masalah ini.

Antara tuduhan lain pengguna di media sosial ialah Nora dikatakan pernah menghubungi Jejai bagi memohon pertolongan kerana kereta miliknya rosak baru-baru ini.

Namun, Nora menerusi portal BH ONLINE menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia hanya satu rekaan pihak tertentu untuk terus menunjukkan beliau ada kaitan dengan isu rumah tangga Jejai dan Fasha.

Semua ini hanyalah rekaan pihak tertentu untuk mengaitkan saya dalam hal ini. Bila masa kereta saya kena pecah? Malah, saya tidak memandu kereta jenis BMW seperti didakwa kerana saya memandu kereta Mercedes-Benz.

Dalam perkembangan lain, Fasha yang hadir pada majlis perkahwinan Kavita Sidhu dan pasangannya mengelak daripada ditemuramah oleh pihak media.

Erm, kalau semua pihak asyik berdiam diri masalah besar ini tidak mungkin akan selesai. Susah untuk peminat menilaikan kenyataan mana yang betul dan salah. Betul ke Nora tidak menghubungi Jejai? Macam mana pula boleh timbul cerita itu jika ia tidak pernah berlaku..Hmmmph

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by Bella | January 10th, 2016

Sejak bulan Disember lepas, kisah rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai yang kini dikatakan sedang bermasalah mula mencuri tumpuan ramai. Ini kerana pasangan ini kelihatan sungguh bahagia bersama apatah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata yang menyerikan lagi hidup mereka.

Pelbagai spekulasi mula dibuat dan ada pihak yang mengatakan bekas isteri Jejai iaitu aktres Nora Danish adalah punca utama rumah tangga mereka mula retak.

Tidak mahu dikaitkan lagi dengan masalah berkenaan, Nora menerusi Utusan Online berkata beliau cuma mangsa keadaan dan terkejut apabila beliau dituduh sebegitu.

Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula. Tetapi apa boleh buat. Apa sekalipun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya.

Tambah Nora, peguam beliau telah memberikan nasihat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.

Selanjutnya, maaf saya tidak boleh komen banyak tentang soal rumah tangga mereka. Saya sudah diberitahu peguam untuk berdiam diri sahaja. Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang.

Apa sahaja persengketaan yang berlaku antara dua pelakon wanita ini kami harap  ia dapat diselesaikan secara baik.  Kami pun mendoakan agar rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai masih boleh diselamatkan.

Mungkin masing-masing ada buat silap kerana manusia tidak sempurna, tetapi jika perasaan cinta dan kasih sayang itu masih ada janganlah cepat mengalah.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | December 7th, 2015

Sudah tiga tahun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli ataupun lebih dikenali sebagai Jejai mendirikan rumah tangga dan tampak bahagia bersama dengan dua orang cahaya mata yang cukup comel. Namun,  kehidupan berumah tangga ibarat air laut yang tidak selalu tenang dan akan berombak.

Baru-baru ini, ada pihak yang mendakwa rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai goyah selepas aktres itu dilihat mengunjungi sebuah pejabat agama Islam di Kuala Lumpur.

Malah beberapa sumber turut mengaitkan nama bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dalam permasalahan mereka dan menuduh beliau sebagai batu api sehingga menimbulkan konflik yang menggugat perkahwinan Fasha.

Sejak gosip ini tersebar, pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang ramai yang menginginkan kepastian ataupun jawapan daripada Fasha sendiri mengenai perkara berkenaan. Walaubagaimanapun,  Fasha menjelaskan buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen lanjut kepada umum mengenai rumah tangganya.

Maaf, saya belum bersedia memberikan apa-apa komen. Terima kasih.

Mengiyakan lagi gosip berkenaan ialah apabila Fasha memuat naik status yang menggambarkan beliau sedang diuji dengan dugaan yang hebat dan bermohon kepada Allah SWT untuk memberikan beliau dan anak-anak kekuatan untuk mengharungi masalah yang beliau hadapi.

Bismillahirahmanirahim.  Allah Maha Besar, Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak2 untuk mengharungi segala galanya.  Amin YRA.

Hati seseorang itu mampu menyimpan seribu satu rasa, meskipun tidak mengenali Fasha Sandha secara peribadi, kami rasa beliau memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri serta ibu yang agak baik. Boleh kata beliau selalu memberikan sokongan buat Jejai dan boleh menerima Rayqal juga dengan baik. Harapnya apa sahaja masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita: Harian Metro