Written by Bella | December 13th, 2018

Baru-baru ini pelakon Ruhainies memberitahu beliau terpikat dengan sifat kekasihnya Mr E yang kuat pegangan agama dan apabila beliau membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit. Betapa bertuahnya beliau dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik.

Tentu sekali ia mendapat perhatian netizen sehingga ada yang menyindir dan mengatakan bacaan surah Yasin itu hanya untuk orang yang sudah mati.

Ruhainies sedih dan kesal dengan sikap sesetengah netizen yang seakan kurang pendidikan agama dengan menjadikan niat baik kekasihnya itu sebagai bahan jenaka.

Saya terbaca beberapa komen yang mempersoalkan kenapa kekasih saya baca surah Yasin, saya dah nak mati ke. Sampaikan benda baik pun dibuat main-main dan dijadikan bahan lawak serta kutuk. Jadi dari situ kita tahu betapa ‘nazak’ manusia macam ni. Tak semua tapi segelintir. Kurangnya agama, mereka ingat baca surah itu hanya untuk orang nak mati atau orang sudah meninggal dunia.

Sedih apabila tengok ramai yang masih kurang didikan agama. Mereka fikir dengan menutup aurat dah sempurna, tapi ilmu kosong.

Kata Ruhainies penampilan dan cara pemakaian seseorang itu tidak menggambarkan tahap keimanan mahupun ilmu agama yang dimiliki. Luaran tidak semestinya melambangkan apa yang ada dalam diri.

Nak ukur iman seseorang itu bukan melalui pemakaian atau luaran. Saya malas nak komen kat netizen yang hati kotor sebab bagi mereka apa yang kita jawab semua mereka ada jawapan.  Bila sentuh bab agama ni sangat sensitif. Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup aurat. Semua itu bukan ukuran. Yang menjadi ukuran antara dia dengan Allah.

Makan dalam betul kata-kata Ruhainies kepada netizen yang mempertikaikan kekasih bacakan surah Yasin untuknya. Dalam bab agama ini, memang kita tidak boleh nilai seseorang itu daripada luaran.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 10th, 2018

Dalam mencari pasangan hidup, pastinya seorang wanita mahukan seorang lelaki yang mempunyai hati yang ikhlas serta pegangan agama yang kuat. Pelakon Ruhainies mengakui doanya sudah termakbul dan merasa sangat bertuah bertemu jodoh dengan kekasihnya Mr E.

Hatinya mula terbuka menerima cinta dan kasih sayang Mr E saat kekasihnya itu membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit.

Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati budi serta keteguhan agama menjadi keutamaan.

Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E  apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog, Secawan Kopi, yang menjelajah beberapa kota di Indonesia, baru-baru ini.

Bukan harta dan kekayaan yang dikejar oleh Ruhainies dan beliau agak terluka apabila sesetengah netizen mendakwa beliau perempuan mata duitan.

Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh .Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya tahu membuat spekulasi. Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E.

Bertuah betul Ruhainies dapat buah hati yang penyayang dan boleh dikatakan mempunyai pakej  ‘husband material’.

Sumber Berita : BH ONLINE