Written by Bella | August 29th, 2016

Nampaknya masih ramai yang belum boleh lupa mengenai kontroversi Ruhainies bersama Dato Red. Setiap apa yang dilakukan oleh Ruhainies pasti ada sahaja pihak yang mengaitkan namanya bersama lelaki berkenaan.

Baru-baru ini Ruhainies ada memuat naik foto seakan sedang memilih barang kemas. Siapa sangka dengan hanya melihat foto tersebut ada dakwaan mengatakan Ruhainies sedang merancang untuk berkahwin dengan Dato Red.

Namun, jelas Ruhainies foto itu dimuat naik olehnya kerana memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan.

Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya.

Ia tiada kaitannya dengan Dato Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut.

Ruhainies merasa agak bengang kenapa masih ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan Dato Red sedangkan beliau sudah menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Dato Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke?

Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini.

Sabarlah Ruhainies, bila dihimpit gosip dan kontroversi memang ia mengambil masa untuk orang ramai melupakan hal tersebut. Jangan tertekan, lama-lama nanti isu tersebut akan reda juga. Ini cabaran untuk menjadi artis bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | August 1st, 2016

Masih lagi hangat dengan kontroversi bersama Dato Red, pelakon Ruhainies sekali lagi dihimpit gosip apabila ada pihak mendakwa beliau seorang hipokrit apabila tampil dengan imej sopan pada majlis hari jadinya baru-baru ini sedangkan beliau sering kelihatan berpakaian seksi ketika berada di luar bersama teman-teman beliau.

Saya diberitahu untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk. Jadi, saya pakai mengikut kesesuaian majlis tersebut. Tak sangka pula, ia bukan majlis pelancaran produk sebaliknya merupakan kejutan hari jadi saya yang ke 24.

Jelas Ruhaines, sebelum ini beliau pernah menggayakan imej lebih sopan ketika menghadiri majlis bersama anak-anak yatim.

Sudah menjadi kebiasaan beliau untuk memakai pakaian yang sesuai dengan majlis yang akan dihadirinya.

Macam sebelum ini, saya diminta menghadiri majlis bersama anak yatim jadi saya kena berpakaian sopan. Kalau keluar bersama dengan kawan-kawan, mereka tahu saya macam mana. Saya tidak hipokrit.

Tidak mengapalah, asalkan beliau tahu menghormati sesebuah majlis dengan memakai pakaian yang bersesuaian.  Tidak adalah kekal seksi sepanjang masa tanpa mengira tempat.

Sumber Berita : Kosmo!

Written by Bella | July 28th, 2016

Tidak mahu terus dihimpit kontroversi selepas terlibat dalam isu bersama Dato Red baru-baru ini, pelakon Ruhainies kini membawa seorang pengawal peribadi untuk menghadiri setiap urusan mengenai kerjayanya. Pengawal peribadi yang dimaksudkan adalah ibunya sendiri.

Ruhainies percaya tiada siapa yang berani untuk melakukan apa-apa kepadanya ketika ibu beliau berada di sisinya.

Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan.

Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi.

Menurut ibu Ruhainies, Che Bunga Salleh, beliau sedih melihat anaknya Ruhainies hanya terkurung didalam bilik dek kerana kontroversi bersama Dato Red yang cukup hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, beliau merasa syukur kerana tahu Ruhainies seorang yang cukup kuat kerana mampu bangkit dan menghadapi segala kritikan.

Saya selalu berpesan supaya mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata. Seperti apa yang menimpa Ruhanies, saya ingatkan dia berhati-hati apabila berkata-kata. Saya sedih apabila tengok Ruhainies berkurung dalam bilik tempoh hari. Syukurlah dia seorang yang kuat dan tenang berdepan semua ini.

Kami percaya selepas ini memang susah untuk mana-mana lelaki mengambil kesempatan terhadap Ruhainies kerana ibu beliau akan memerhati setiap gerak langkah anaknya itu. Ia adalah langkah yang tepat untuk Ruhainies lakukan ketika ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | July 26th, 2016

Sepanjang minggu lepas sehinggalah ke hari ini, isu suami Adira iaitu Dato Red bermesra dengan Ruhainies masih lagi menjadi bualan ramai.

Terbaru, akhirnya Adira telah tampil membuka mulut mengenai kontroversi suaminya itu. Jelas Adira, beliau mengakui emosinya sedikit terganggu kerana  isu berkenaan.

Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa dendam terhadap Ruhainies kerana pelakon itu sudah menjelaskan perkara sebenar kepadanya.

Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah. Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.

Adira juga berharap tiada pihak yang mengaitkan video berkenaan dengan rumah tangganya.

Pada masa yang sama, Adira mengakui beliau kini sudah hamil dua minggu dan hanya membuat ujian menerusi kit kehamilan di rumah.

Melihat pada situasi sekarang yang agak tegang dan panas membabitkan suaminya, Adira membuat keputusan untuk menangguhkan hasrat beliau ke hospital untuk mendapatkan pengesahan kehamilan oleh doktor.

Memang benar saya kini hamil dua minggu. Tetapi saya belum dapat pengesahan doktor sebaliknya hanya mengagak usia kehamilan berdasarkan kiraan sendiri. Ujian pun saya buat sendiri selepas membeli kit kehamilan. Masih terlalu awal sebenarnya untuk saya kongsikan dengan umum tetapi suami sudah maklumkan dulu. Buat masa ini paling penting adalah kandungan, perkara lain saya tolak tepi.

Seorang isteri sebolehnya akan cuba bersabar dengan sikap suaminya. Hmmph, namun kami rasa jika benar Adira sudah mengandung, lebih baik untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan pengesahan lanjut.  Sebenarnya bayi didalam kandungan lebih penting daripada kontroversi.

Sumber Berita : BH ONLINE