Written by serenity | December 1st, 2014

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar berita mengenai penyanyi Rosma dan suaminya Khai. Perkembangan terbaru mengenai mereka ialah Rosma kini sudah bertudung. Ini merupakan satu perkembangan yang baik, apatah lagi semakin ramai selebriti berhijrah sejak kebelakangan ini.

A photo posted by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on


Keduanya kini sedang giat mempromosikan produk bagi menguruskan badan dan tenaga di Instagram dan juga di bazar sekitar Kuala Lumpur.

A photo posted by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on


Tahniah diucapkan kepada Rosma di atas penghijrahan ini, semoga terus Istiqamah!

Written by AbangNara | January 10th, 2014

Comelnya!!! Lengkap sudah sepasang anak buat Khai dan Rosma AF dengan kelahiran “baby girl” nya baru-baru ini. Sekali pandang ada iras muka Khai pulak. Orang kata kalau anak perempuan ikut muka ayah, besar nanti confirm cun melecun. Apa pun, yang penting si “baby girl” sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna.

anak rosma dan khai

Buat masa ini, Khai dan Rosma masih belum mengumumkan nama anak kedua mereka ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kedua ini kehidupan keluarga Khai dan Rosma akan lebih meriah. Insya Allah akan lebih murah rezeki. Lagi beberapa gambar si comel dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ford Fiesta RS baru sedang dalam pertimbangan

 
Written by AbangNara | January 6th, 2014

Lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi keluaran Akademi Fantasia ini. Kali terakhir Abang Nara berkongsi informasi mereka ialah ketika kelahiran anak pertama pasangan ini iaitu Danish sekitar tahun 2009.  Terbaru Sabtu lalu kira-kira jam 6.56 petang, Danish telah pun menjadi seorang dengan kelahiran anak kedua pasangan ini.

anak kedua khai dan rosma

Menerusi akaun Instagramnya, Rosma menulis:-

Inilah buah hati terbaru kami..skrg danish dh jd abg yeayy!!.. Tq kpd semua yg mendoakan rosma.alhamdulillah,rosma selamat bersalin pd hari sabtu,pukul 6.56ptg.name kami akan bg tau nanti yek.

anak kedua khai dan rosma

Tidak diketahui pula jantina anak kedua Khai dan Rosma. Apa pun yang penting bayi tersebut telah selamat dilahirkan. Semoga kebahagiaan keluarga ini bertambah seiring dengan penambahan cahaya mata. Tahniah Khai dan Rosma.

P.S: Peugeout 2008 Urban SUV dilancarkan pada harga RM119,888