December 27th, 2019

Bukan mudah bergelar ibu tunggal membesarkan dua orang anak, tentunya pelakon Rita Rudaini mengharapkan anak-anaknya menjadi insan berguna di kemudian hari nanti.

rita rudainiKini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak-anaknya, Rita menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, meluahkan hasratnya untuk melihat kedua anaknya itu menjadi seorang menjadi Hafiz (penghafal Al-Quran).

Rita turut memuat naik video anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, sedang melakukan hafazan Al-Quran. Memang indah betul alunan bacaan Rayyan.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka memuji aktres itu seorang wanita yang tabah dan cukup kagum dengan caranya mendidik anak-anak.

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

June 17th, 2012

Bermula 22 Mei lalu, selama 2 minggu, Rita Rudaini telah pun mengerjakan umrah. Rita tidak keseorangan sebaliknya ditemani anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun dan ibunya, Basariah Ibrahim. Walaupun ada yang menganggap pemergian Rita tanpa kebenaran suami bakal membawa bala kepada dirinya, ternyata Rita dapat mencari kedamaian di hati sepanjang berada di Tanah Suci.

rita umrah

Antara peristiwa menarik yang telah Rita kongsikan kepada pembacanya menerusi BiPop hari ini ialah bagaimana anak lelakinya, Rayyan, tidak membuat kerenah langsung sepanjang berada di sana. Malah ketika berada di Masjidil Haram, Rita dapat membawa kereta sorong bayi walaupun sebenarnya perkara tersebut tidak dibenarkan. Namun Abang Nara paling tertarik dengan kisah Rita berjaya menyentuh Kaabah.

Pada awal pagi itu, selepas melakukan tawaf dan solat sunat, hati saya juga meronta-ronta mahu menyentuh Kaabah sambil berdoa. Tapi, orang terlalu ramai, agak mustahil saya dapat menyentuhnya. Saya tekad, apa jadi sekalipun saya berusaha mahu menyentuh Kaabah. Saya menyusup di celah orang ramai sambil mendukung Rayyan. Syukur, Tuhan juga perkenankan doa saya. Walaupun terpaksa berhimpit dan bersesak-sesak, saya dan Rayyan akhirnya berjaya menyentuh Kaabah dan berdoa. Berjuraian air mata saya, kalau melihatkan umat Islam yang terlalu ramai, mungkin saya tidak berjaya nak sentuh Kaabah, tapi kuasa Tuhan, perkara yang kita fikir mustahil pun boleh dilaksanakan dengan kuasa-Nya.

Menarik kan cerita daripada Rita Rudaini nie? Abang Nara rasa ramai pembaca BeautifulNara yang telah mengerjakan umrah atau haji mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Kalau sudi, sharekanlah di ruangan komen. 3 lagi gambar Rita Rudaini ketika mengerjakan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rita umrahrita umrahrita umrah