Bukan mudah bergelar ibu tunggal membesarkan dua orang anak, tentunya pelakon Rita Rudaini mengharapkan anak-anaknya menjadi insan berguna di kemudian hari nanti.
Kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak-anaknya, Rita menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, meluahkan hasratnya untuk melihat kedua anaknya itu menjadi seorang menjadi Hafiz (penghafal Al-Quran).
Rita turut memuat naik video anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, sedang melakukan hafazan Al-Quran. Memang indah betul alunan bacaan Rayyan.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka memuji aktres itu seorang wanita yang tabah dan cukup kagum dengan caranya mendidik anak-anak.
Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

unknown
December 30, 2019 at 9:50 am
kes anak2 rita sgt sedih.. membesar tanpa kasih seorg sedangkan ayah.. ada dalam tiada.. pemain bola terkenal pulak tu.. xde ke rasa rindu buat anak2.. pelik.. semoga mereka membesar menjadi anak yg soleh.. buat si ayah, semoga tak terlambat untuk mengenali anakmu..
minah jambu say NO to drugs
December 28, 2019 at 6:25 pm
syukur alhamdulillah anak2 rita baik2 semua …semoga doa rita di makbulkn Aamin..
Anonymous
December 27, 2019 at 10:51 am
BAGUS RITA. SAYA PUN WANITA ALAMI APA YANG RITA ALAMI. BEZANYA RITA ADA ANAK TAPI SAYA TAKDE. KESABARAN YANG PALING PENTING.