November 15th, 2018

Baru-baru ini pelakon Rita Rudaini mencuri perhatian ramai dengan memuat naik foto bekas suaminya, Aidil Zafuan bersama anak-anak mereka ketika kecil di akaun Instagramnya. Memberitahu foto itu mempunya nilai sentimental, ada mulut jahat yang mempersoalkan adakah benar beliau belum ‘move on’?

Rita akui beliau masih menyimpan foto-foto lama bersama Aidil tetapi ia hanya sekadar kenangan untuk anak-anaknya sahaja.

Saya masih menyimpan gambar-gambar anak bersama ayah mereka ketika kami bercuti atau apa sahaja aktiviti dalam satu fail khas. Ini kerana ia kenangan anak-anak bersama ayah mereka ketika kami bahagia. Biarpun kisah saya dan suami sudah habis, tidak bermakna kenangan anak-anak bersama ayah mereka hilang juga, itulah nilai sentimental yang saya maksudkan.

Tujuan saya muat naik gambar anak-anak dengan bekas suami walaupun tiada gambar baharu kerana hendak memberitahu, tiada masalah antara saya dengan bekas suami. Jika Aidil hendak melawat anak-anak, saya lagi suka.

Menurut Rita, kali terakhir Aidil bertemu dengan anak-anak mereka adalah sekitar tahun 2014 sebelum pemain bola sepak itu berkahwin buat kali kedua. Sejak daripada itu mereka tidak pernah berjumpa lagi.

Sumber Berita : Kosmo Online

Advertisement
November 9th, 2018

Kisah perceraian Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan sebelum ini penuh dengan kontroversi dan mendapat perhatian yang hangat lebih-lebih lagi dengan episod tuntutan nafkah bagi anak-anak mereka.

Namun disebalik segala konflik yang berlaku, Rita mengatakan beliau sebenarnya tidak pernah mempunyai masalah ataupun bersengketa dengan bekas suaminya. Orang ramai yang sengaja mengada-adakan cerita hubungan mereka tidak baik.

Menerusi muat naik terbaru beliau di Instagram, Rita turut menyertakan foto ‘throwback’ Aidil bersama dua orang cahaya mata mereka sewaktu kecil.

Pada masa yang sama, beliau sempat membidas kritikan sesetengah pihak yang mengkritik dan mempersoalkan mengapa beliau terlalu ingin menunjuk dan gigih menghantar anak-anaknya untuk bermain bola sepak.

Rita berharap dengan penjelasan panjang lebar ini, tiada lagi  pihak yang akan terus mencari kesalahan dan mempertikaikan setiap apa yang beliau lakukan.

Advertisement