Written by Bella | October 6th, 2015

Selepas beberapa kali turun naik mahkamah dan menerima pelbagai tomahan dan kritikan daripada masyarakat serta bekas suaminya, Rita Rudaini akhirnya merasa gembira dan syukur kerana memenangi kes tuntutan mutaah terhadap Aidil Zafuan, walaupun mendapat 10 peratus daripada jumlah asal RM300,000.

Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri.

Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah.

Sebelum ini saya pernah cakap bukan wang yang saya cari atau menjadi ukuran tetapi maruah saya sebagai seorang isteri dan ibu yang saya perjuangkan! Terima kasih atas doa ibu,anak-anak, famili dan peminat semua. Allah akan tolong orang yang benar apa yang saya perjuangkan adalah maruah wanita.

Perjuangan Rita Rudaini nampaknya tidak sia-sia, sebenarnya ia bukan sahaja bermanfaat untuk Rita tetapi kepada anak-anaknya juga, duit itu untuk kegunaan mereka bukan? Tahniah Rita kerana tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan hak anda dan anak-anak.

Written by Bella | October 6th, 2015

Setelah naik turun makhkamah beberapa kali berikutan tuntutan mutaah Rita Rudaini terhadap Aidil Zafuan yang bernilai RM300,000 mahkamah akhirnya telah memutuskan agar pemain bola sepak tersebut membayar 10 peratus  daripada jumlah tuntutan asal berkenaan sebanyak RM30,000 sahaja.

Aidil nyata berpuas hati dengan keputusan tersebut dan ia dapat di lihat menerusi senyumannya ketika memuat naik foto selepas perbicaraan tersebut berlangsung di akaun Instagram miliknya.

Ramai sebenarnya peminat beliau mengucapkan tahniah kerana kes tersebut telah selesai dan mendoakan kebahagian beliau. Namun, ada juga peminat yang mempersoalkan adakah Rita akan membuat tuntutan lain selepas ini.

Nak tahu apa yang Aidil jawab?

Jawapan Aidil itu turut mendapat perhatian beberapa peminat Rita  dan aktres itu juga telah membalas apa yang dinyatakan oleh Aidil yang menunjukkan seolah-oleh beliau yang menang kes berkenaan. Rita memberitahu selama ini bukan nilai wang tersebut yang beliau perjuangkan tetapi maruahnya.

Buat Aidil Zafuan kalau kes sudah selesai dan anda di arahkan untuk bayar tuntutan tersebut tunaikan sahaja lah tanggungjawab anda, tidak perlu membalas komen dengan menyelitkan unsur seakan ingin mencari gaduh lagi. Masing-masing sudah dewasa tidak perlu tunjukkan sikap tidak matang.