October 6th, 2015

Selepas beberapa kali turun naik mahkamah dan menerima pelbagai tomahan dan kritikan daripada masyarakat serta bekas suaminya, Rita Rudaini akhirnya merasa gembira dan syukur kerana memenangi kes tuntutan mutaah terhadap Aidil Zafuan, walaupun mendapat 10 peratus daripada jumlah asal RM300,000.

Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri.

Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah.

Sebelum ini saya pernah cakap bukan wang yang saya cari atau menjadi ukuran tetapi maruah saya sebagai seorang isteri dan ibu yang saya perjuangkan! Terima kasih atas doa ibu,anak-anak, famili dan peminat semua. Allah akan tolong orang yang benar apa yang saya perjuangkan adalah maruah wanita.

Perjuangan Rita Rudaini nampaknya tidak sia-sia, sebenarnya ia bukan sahaja bermanfaat untuk Rita tetapi kepada anak-anaknya juga, duit itu untuk kegunaan mereka bukan? Tahniah Rita kerana tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan hak anda dan anak-anak.


Comments are closed.

Loading...