December 27th, 2019

Bukan mudah bergelar ibu tunggal membesarkan dua orang anak, tentunya pelakon Rita Rudaini mengharapkan anak-anaknya menjadi insan berguna di kemudian hari nanti.

rita rudainiKini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak-anaknya, Rita menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, meluahkan hasratnya untuk melihat kedua anaknya itu menjadi seorang menjadi Hafiz (penghafal Al-Quran).

Rita turut memuat naik video anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, sedang melakukan hafazan Al-Quran. Memang indah betul alunan bacaan Rayyan.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka memuji aktres itu seorang wanita yang tabah dan cukup kagum dengan caranya mendidik anak-anak.

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.