December 27th, 2019

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kontroversi yang mengaitkan golongan Pencetus Ummah (PU) dan Da’i yang lahir dari program realiti berkonsepkan dakwah. Apa yang berlaku sedikit sebanyak memberikan tanggapan negatif terhadap golongan pendakwah sehingga ada yang melabelkan mereka penunggang agama dan macam-macam lagi.

ridhuan tee

Bengang dengan apa yang berlaku sehingga golongan agamawan dipandang negatif, pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan penceramah selebriti yang lahir dari program realiti agama supaya menjaga adab dan perbuatan mereka agar tidak mencemarkan imej Islam.

Tegas Dr Ridhuan Tee, pendakwah selebriti ini sepatutnya sedar peranan mereka besar untuk mendidik masyarakat tentang agama dan bukan terus hanyut dalam dunia glamor sehingga mencetuskan kontroversi, sekaligus mengheret agama ke kancah memalukan.

dai farhan

Kalau betul-betul kita boleh lahirkan ustaz segera dan dia menjadi (berwibawa), dia memang boleh jadi ikutan dan membentuk penonton. Tapi yang menjadi masalahnya apabila mereka diketengahkan dia tidak dapat jaga diri. Saya pantang ada ustaz segera cemarkan imej Islam.

Sesetengah pendakwah tenggelam dalam dunia glamor malah terlibat dalam kontroversi sehingga merosakkan institusi agama sedangkan mereka pembawa imej seorang pendakwah.

ridhuan tee pendakwah selebriti

Sebagai ustaz anda kena jaga penampilan, jangan cerai isteri ketika mengandung. Kalau nak cerai sangat buat diam-diam, jangan hebohkan.

Benar sekali apa yang dikatakan oleh Dr Ridhuan Tee, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, membawa masalah kepada institusi Islam. Harapnya apa yang beliau katakan ini dapat dihadam oleh pendakwah selebriti di luar sana, perlu bijak membawa diri dan jangan hanyut dibawa arus populariti.

Sumber Berita : mStar Online

May 16th, 2019

Sejak kebelakangan ini, banyak juga kontroversi melibatkan pendakwah bebas yang lahir daripada program realiti. Tidak dinafikan, apa yang berlaku sedikit sebanyak memberikan persepsi negatif terhadap Islam.

Terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu ini, pendakwah terkenal, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan kebanyakan peserta rancangan program realiti islamik Pencetus Ummah, sebenarnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama. Hanya pandai bercakap dan melakukan lawak bodoh.

Ada yang menang dan menjadi juara sekadar menghafal sahaja. Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap saja dan berlawak bodoh sekali sekala. Saya tahulah, sebab saya adalah hos program realiti untuk siri pertama Astro ini dan banyak lagi program realiti lain.

Sebenarnya program ini tidak ada apa? Glamour saja lebih? Publisiti diberikan seolah-olah peserta-peserta ini hebat sangat. Walhal kerjanya menghafal dan diselang-seli dengan lawak-lawak basi dan gimik-gimik meloyakan. Saya sudah lama dalam dunia seni sebegini.

Jika benar mereka memahami apa itu Islam dan konsepnya, tentu mereka tidak akan terjebak dengan kontroversi dan melakukan perkara buruk. Malah, Dr Ridhuan Tee turut mengulas tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika hamil sebagai contoh tidak baik.

Jika PU ini faham Islam, seperti program Pencetus Ummah itu, sudah tentu dia tidak bertindak sedemikian. Sebab tak tau dan tak faham lah yang menyebabkan berlaku sedemikian. Jadi, apa ke jadahnya perbesarkan isu ini.

Dr Ridhuan Tee menasihati peserta program realiti islamik jangan merosakkan imej islam dan terus hanyut dalam dunia glamor.

Sumber Berita : Isma Web