Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ridhuan Tee Tegur Peserta Pencetus Ummah, Ilmu Tidak Kemana Cuma Pandai Cakap

Sejak kebelakangan ini, banyak juga kontroversi melibatkan pendakwah bebas yang lahir daripada program realiti. Tidak dinafikan, apa yang berlaku sedikit sebanyak memberikan persepsi negatif terhadap Islam.

Advertisement

Terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu ini, pendakwah terkenal, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan kebanyakan peserta rancangan program realiti islamik Pencetus Ummah, sebenarnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama. Hanya pandai bercakap dan melakukan lawak bodoh.

Ada yang menang dan menjadi juara sekadar menghafal sahaja. Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap saja dan berlawak bodoh sekali sekala. Saya tahulah, sebab saya adalah hos program realiti untuk siri pertama Astro ini dan banyak lagi program realiti lain.

Sebenarnya program ini tidak ada apa? Glamour saja lebih? Publisiti diberikan seolah-olah peserta-peserta ini hebat sangat. Walhal kerjanya menghafal dan diselang-seli dengan lawak-lawak basi dan gimik-gimik meloyakan. Saya sudah lama dalam dunia seni sebegini.

Jika benar mereka memahami apa itu Islam dan konsepnya, tentu mereka tidak akan terjebak dengan kontroversi dan melakukan perkara buruk. Malah, Dr Ridhuan Tee turut mengulas tindakan PU Abu yang menceraikan isterinya ketika hamil sebagai contoh tidak baik.

Jika PU ini faham Islam, seperti program Pencetus Ummah itu, sudah tentu dia tidak bertindak sedemikian. Sebab tak tau dan tak faham lah yang menyebabkan berlaku sedemikian. Jadi, apa ke jadahnya perbesarkan isu ini.

Dr Ridhuan Tee menasihati peserta program realiti islamik jangan merosakkan imej islam dan terus hanyut dalam dunia glamor.

Sumber Berita : Isma Web

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. Anonymous

    May 17, 2019 at 12:17 pm

    Program PU ni lahirkan ustaz SEGERA
    KEBANYAKANNYA LEBIH KPD PUBLISITI SEMATA-MATA
    TAK BOLEH JADI CONTOH
    TOLONG TAPIS PROGRAM DAKWAH SEBEGINI
    JGN DISEBABKAN NAK KEJAR RATING SEMATA2

  2. Anonymous

    May 17, 2019 at 10:49 am

    program pencetus ummah bole bungkus terus…. pilih punye pilih peserta last2 dpt hampeh sampah sarap… yg bole pakai 1 2 org jer yg lain pandai cakap jer lembu pun bole terbang…

  3. Kak Limah

    May 17, 2019 at 9:06 am

    dr.riduan tee tu pun tak sangka bila dia dah involve dlm rancangan tu, baru dia nmpk realiti peserta2 PU/IM/Daie. so bagus la dia tegur sb dia yg plg dekat dgn peserta2 tu. di harapkan lps2 ni dr riduan tee tak payah dah join program2 cmni. tq dr riduan tee for voicing out

  4. Anonymous

    May 16, 2019 at 7:01 pm

    Finally kenyataan cerdik dari seorang yg berilmuan. Yg lain harap kan hafal hadis2 sikit bg org impress buat pickup line bodoh pandai lah. Lagi 1 bab tulis caption berkenaan kahwin muda reti je memasing panjang berjela. Bile kwn pedajal isteri senyap pulak. Puih.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top