Written by Bella | July 9th, 2019

Baru-baru ini, pelakon kacak Remy Ishak digosipkan bercinta dengan seorang model. Mengakui mengenali wanita itu sejak lima tahun lalu, Remy bagaimanapun menafikan mereka menjalin hubungan istimewa.

Meskipun belum ada pengganti ataupun calon isteri, Remy sudah memilih tarikh 20 Februari tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan. Katanya, tarikh itu dipilih sebagai persediaannya untuk melangkah ke fasa kehidupan baru.

Kalau sudah ada calon, esok juga saya nak kahwin. Saya memang nak kahwin, tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi. Cuma tarikh saja yang sudah ada iaitu 20 Februari tahun depan. Jadi, saya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk mencapai misi itu.

Orang cakap saya terlalu memilih, tapi dalam soal perkahwinan memang kena pilih. Kita nak berkahwin untuk tempoh yang lama dan kalau boleh kekal selamanya. Bukan nak sekejap saja. Saya tak nak selepas beberapa tahun berkahwin timbul masalah.

Bergelar seorang selebriti popular dan mempunyai ramai peminat wanita, Remy akui bukan mudah untuk wanita menjadi isterinya. Mereka perlu membuang sifat cemburu dan memahami kerjayanya dalam bidang hiburan.

Menjadi isteri saya memang susah. Pertama, kena buang rasa cemburu. Kalau sudah cemburu, tidak akan ada yang positif. Dari situ akan wujud sikap mengongkong. Saya pula nak bergerak dan membawa keluarga ke arah bahagia dan berjaya. Kalau itu berlaku ia akan menjadi susah.

Saya berada dalam bidang hiburan dan mempunyai ramai peminat wanita. Selepas ini perkara yang tak ada apa, dijadikan masalah pula. Saya tak mahu semua ini. Jika saya cuba kawal sekali pun, susah. Cemburu dengan perempuan ibarat irama dan lagu. Takkan saya nak berhenti berlakon? Kalau berhenti sekali pun, perkara sama tetap terjadi.

Hendak pilih pasangan hidup ini bukannya mudah, harus teliti dan mereka juga perlu sesuai dengan diri kita agar dapat hidup dengan harmoni.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 4th, 2019

Sudah putus tunang beberapa bulan lalu dan kembali menjadi jejaka solo hangat di pasaran, kini ada khabar angin mengatakan Remy Ishak sedang hangat bercinta dengan seorang model.

Remy juga mengakui dia sudah mengenali wanita itu sejak lima tahun lalu sebelum dirinya bergelar tunangan orang. Bagaimanapun, Remy menafikan dakwaan mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Itu kawan lama saya yang saya kenal sebelum saya mengenali bekas tunang saya lagi. Hubungan kami pun sekadar kawan.

Mungkin kisah ini tiba-tiba timbul bila ada peminat yang terlalu mahukan saya dan Mira Filzah bersama seperti lakonan kami dalam drama. Jadi mereka tidak senang apabila ada individu lain yang rapat dengan saya selain Mira. Tak bolehlah begitu sebab saya manusia biasa dan saya berhak kenal dengan sesiapa sahaja.

Pada masa yang sama, Remy meluahkan rasa terkilan apabila beberapa rakan wanitanya termasuk Mira Filzah dituduh sebagai punca perpisahannya dengan bekas tunang.

Remy meminta agar spekulasi liar seperti itu dihentikan kerana ia hanya mengundang fitnah.

Sumber Berita : Astro Gempak