Written by AbangNara | December 24th, 2012

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah. Tup-tup majalah Media Hiburan kali ini menampilkan pasangan suami isteri ini sebagai cover majalah mereka. Kandungan Irma sudah mula kelihatan dan yang paling penting, seri ibu mengandung memang jelas di wajah Irma.

irma hasmie

Pasti Irma dan suami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bergelar ayah dan ibu. Yang penting kesihatan kena jaga. Rehatkan badan banyak-banyak. Jangan paksa diri buat kerja berat. Semoga urusan Irma ketika bersalin kelak akan dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Anda juga boleh membeli majalah Media Hiburan di laman web Emall Karangkraf. Hanya RM2.80 sahaja. Perlu diingatkan yang pembacaan hanya boleh dilakukan di smartphone dan gadjet sahaja.

Written by AbangNara | December 10th, 2012

Tahun 2012 menyaksikan ramai selebriti popular tanah air mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Antaranya ialah Awal & Scha, Lisa & Yusry, Fasha & Jejai serta ramai lagi. Kesemua majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali.
farid diana

Disebabkan tahun 2012 sudah hampir tiba ke penghujung, Abang Nara kompilasikan majlis perkahwinan selebriti popular yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Yang mana satukah kegemaran anda? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

fasha sandha dan jejai

1. Fasha Sandha dan Jejaisetelah bercinta agak lama, pasangan ini akhirnya diijabkabulkan pada bulan April 2012. Majlis pernikahan telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur sementara majlis resepsi telah diadakan di Perlis. Tambah menggembirakan apabila Fasha Sandha disahkan hamil beberapa minggu selepas sah bergelar isteri Jejai. (klik sini untuk gambar)

yusry lisa

2. Lisa Surihani dan Yusry KRUbanyak peminat yang terkejut apabila pengumuman mengenai perkahwinan ini dibuat. Tak ramai yang dapat menghidu percintaan mereka berdua. Namun yang pastinya, kedua-dua pengantin ini memang sama cantik dan sama padan dan sangat berseri-seri di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung sekitar Februari 2012. (klik sini untuk gambar)
awal dan scha3. Awal Ashaari dan Schasetelah menangguhkan perkahwinan beberapa kali, pasangan ini telah selamat bergelar suami isteri sekitar bulan May 2012. Walaupun banyak peminat kecewa kerana siaran langsung yang sepatutnya disiarkan untuk majlis pernikahan terganggu, majlis mempelai ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali (klik sini untuk gambar)

farid kamil

4. Farid Kamil dan Diana Daniellepengumuman majlis pernikahan yang dibuat oleh Farid Kamil ketika preview filem PE3 ternyata mengejutkan banyak pihak. Majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Flamingo telah berjalan dengan suasana sederhana. 2 minggu selepas itu, Diana Danielle telah berkongsi berita kehamilannya. Ketika majlis resepsi di Taman Ekuestrian Putrajaya, uniform tentera yang dipakai oleh Farid Kamil telah menimbulkan kontroversi. (klik sini untuk gambar)

ustaz don daniyal

5. Ustaz Don Daniyal dan Husnabanyak gadis di luar sana yang luluh hatinya mengetahui tentang pernikahan ustaz yang popular ini. Majlis pernikahan dan resepsi mempelai ini telah berlangsung dalam keadaan penuh sederhana. Ramai yang menyatakan sejuk mata memandang melihat keserasian pengantin baru ini. (klik sini untuk gambar)
farah lee
6. Ally Iskandar dan Fara Leeperbezaan umur 13 tahun ternyata tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini untuk bergelar suami isteri. Ramai pada mulanya agak terkejut kerana sebelum ini Ally Iskandar pernah putus tunang dengan salah seorang peserta gadis Melayu. Namun kini Fara dan Ally hidup bahagia walaupun terpaksa tinggal berasingan kerana Fara masih belum tamat pembelajarannya di Korea. (klik sini untuk gambar)
ella dan azhar7. Ella dan Azharbaru sahaja selesai mengadakan majlis resepsi pada minggu lepas, Ella akhirnya menamatkan zaman daranya bersama seorang pilot yang telah berjaya mencuri hatinya. Kedua-dua pasangan ini memang nampak sempoi dan kelakar. Semoga Ella dan Azhar akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. (klik sini untuk gambar)
azza elite8. Azza Elite dan Azlanmajlis pernikahan yang dilakukan di dalam masjid telah pun menimbulkan kontroversi kerana pakaian Azza yang dikatakan tidak sesuai pada tempatnya. Yang menariknya, semasa majlis pernikahan dilakukan, hampir kesemua anggota Elite telah bertemu kembali. Seolah-olah satu reunion kecil-kecilan. (klik sini untuk gambar)
betty benafe9. Betty Benafe dan Bruce Dargusmulanya ada timbul kata-kata bahawa Betty Benafe tidak pasti sama ada ingin meneruskan perkahwinannya atau tidak. Namun syukur kerana majlis pernikahan telah pun berjalan lancar baru-baru ini. Semoga Betty bahagia bersama suami tercinta buat selamanya. (klik sini untuk gambar)
irma hasmie redza syah
10. Irma Hasmie dan Redza Syahinilah wedding of the year 2012 bagi Abang Nara. Kehenseman suami Irma Hasmie ternyata membuatkan ramai wanita di luar sana yang cemburu. Berkesempatan menghadiri majlis persandingan mereka, sememangnya pasangan ini bak pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan. Kini Irma dan Redza sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. (klik sini untuk gambar)

natasha

11. Natasha Hudson dan Carleed Khazatertinggal pulak satu lagi perkahwinan selebriti yang tak kurang popularnya. Ini adalah perkahwinan kali ketiga buat Natasha Hudson. Majlis pernikahan telah dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur dalam keadaan penuh sederhana. Kini Natasha sedang hamil hasil perkahwinannya dengan Carleed. (klik sini untuk gambar)

Written by AbangNara | November 15th, 2012

Lama sungguh tidak mendengar perkhabaran terbaru Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah. Yang terakhir ialah ketika Irma mengesahkan berita kehamilannya. Rasanya kini kandungan Irma sudah pun mencecah 4 bulan.

irma hasmie

Tidak banyak gambar yang dikongsikan oleh Irma menerusi Facebooknya. Namun suaminya, Redza, agak aktif menggunakan Instagram. Yang terbaru Redza telah berkongsi gambar scan bayi di dalam kandungan isterinya.

irma hasmie

Semoga ke”sweet”an dan kebahagiaan rumahtangga Irma dan Redza akan berkekalan sehingga bila-bila. Abang Nara pun tumpang gembira melihat kegembiraan mereka. 5 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info asal Forum Cari.

P.S: Goal paling mantap abad ini daripada Zlatan.

 
Written by AbangNara | July 11th, 2012

Pasangan pengantin baru ini khabarnya sedang berbulan madu di Australia. Abang Nara doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang nanti. Abang Nara tertarik dengan muka depan majalah Media Hiburan di mana Irma dan Redza rupa-rupanya mahukan anak kembar. Pasti comel macam mak dan ayahkan?

media hiburan

Semoga impian serta harapan Irma dan Redza untuk mendapat anak kembar akan tercapai. Abang Nara doakan agar rumah tangga mereka akan cepat-cepat diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Umur mereka berdua pun memang dah sesuai sangat untuk menjadi ayah dan ibu. Tak gitu? Apa pun jangan lupa dapatkan Media Hiburan edisi terbaru untuk membaca kisah pengantin baru kita ini.

herbalife

P.S: Tahukah anda yang herbalife digunakan oleh ramai atlet seperti pelumba basikal negara, pasangan kembar permain bola sepak negara dan juga Lionel Messi!!! Ingin berpuasa secara sihat di Bulan Puasa dan kelihatan sihat, cantik + langsing di Hari Raya? Sila layari www.betterlife.my & Jangan lupa LIKE FB page juga ok! [:)]