Written by Bella | July 18th, 2019

Meskipun tidak pernah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi, ramai yang tahu pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli cukup mesra bersama seperti pasangan bercinta.

Namun, baru-baru ini ada yang mendakwa mereka sudah putus cinta dan nama pelakon Oktovia Manrose pula dikaitkan sebagai punca hubungan Ayda dan Redza tidak kesampaian.

Sedar pelbagai spekulasi mula tercetus, Ayda bagaimanapun engga memberikan komen mengenai penglibatan Oktovia dalam perhubungannya bersama Redza. Ayda tidak menidakkan mahupun mengiyakan tentang perkara itu.

Sebenarnya saya terkejut juga ada kenyataan yang sebegitu. Tiba-tiba sahaja mengaitkan nama Oktovia dalam perkara ini. Bagi saya, tidak perlu kaitkan orang lain kerana ini antara saya dan pihak di sebelah sana.

Kalau tiba-tiba timbul itu mungkin adalah puncanya dan saya tidak mahu cakap apa-apa sebab ia tiada kaitan langsung dengan saya. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiayakan.

Menurut Ayda, tiada istilah putus cinta diantara beliau dan Redza kerana mereka hanya berkawan rapat.

Ini bukan kali pertama nama Oktovia dihimpit kontroversi sebagai orang ketiga. Terdahulu, nama Oktovia hangat dipertakan apabila dikaitkan menjalin hubungan dengan Aliff Aziz ketika lelaki itu masih bergelar suami kepada Bella Astillah. Ada yang pernah nampak mereka berdua-duaan serta mesra berpegangan tangan di sebuah pasaranya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 19th, 2019

Meskipun tidak pernah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi, ramai yang tahu pelakon Redza Rosli dan Ayda Jebat cukup mesra bersama seperti pasangan bercinta.

Lama juga sebenarnya tidak dengar perkembangan terbaru tentang mereka, tetapi nama kedua-dua selebriti ini kembali menjadi sebutan apabila Redza memuat naik ucapan hari jadi penuh dengan bait-bait romantis buat Ayda.

Rata-rata netizen menyifatkan pasangan ini sangat serasi dan tidak sabar untuk mereka ini cepat-cepat naik pelamin.

Kalau ada jodoh tidak kemana kan? Doakan yang baik-baik buat Redza dan Ayda.

Written by serenity | January 9th, 2018

Beberapa hari lepas, cerita yang bertebaran di Internet ialah mengenai pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang sering datang ke set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf yang membariskan Redza Rosli dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama.

Ada yang mendakwa ia kerana Ayda terlalu cemburu Redza akan rapat dengan pelakon wanita lain, sehinggakan menyukarkan pihak yang ingin berurusan dengan Redza. Ayda bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan tetap menyatakan dia dan Redza hanya bersahabat baik dan bukannya bercinta.

Terbaru, produser Isteri Untuk Diiktiraf, Sheila Rusly memuat naik satu kapsyen di Instagram mendakwa merasa hairan mengapa ada pihak yang membangkitkan mengenai keberadaan Ayda di set tersebut sedangkan dia sebagai produser dan suaminya Jinggo selaku pengarah drama pun tidak mengatakan apa-apa.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberi komen bahawa dia menerima DM pertanyaan sama ada pelakon wanita utama Isteri Untuk Diiktiraf ialah Ayda Jebat dan bukannya Elvina Mohamad. Dia mendakwa, kekerapan Ayda di set penggambaran menyebabkan orang ramai keliru siapa sebenarnya pelakon utama drama itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | January 4th, 2018

Sejak tahun lepas lagi, kemesraan antara Ayda Jebat dan Redza Rosli sudah diketahui ramai, walaubagaimanapun, sehingga hari ini mereka berdua tetap menafikan mempunyai hubungan istimewa. Baru-baru ini pula, timbul gosip mengatakan Ayda agak kerap  menemani Redza di lokasi penggambaran kerana terlalu cemburu  jika melihat aktor itu bersama pelakon wanita lain.

Ada juga beberapa pihak yang berurusan dengan Redza kurang senang dengan keberadaan Ayda. Eh, kalau tiada perasaan cinta macam mana boleh rasa cemburu pula kan?

Saya rasa tak perlu ulas perkara begini sekarang. Malah, rasanya ia tidak sesuai untuk saya perkatakan. Saya mahu pada 2018 ini menjadi lebih positif dan kalau boleh saya tak mahu lagi jawab soalan-soalan yang boleh buat orang tertanya-tanya lagi. Saya harap anda memahami.

Saya senang dengan keperibadian dan sikap Redza sebab itu kami selesa berkawan. Kebetulan pula, saya tidak ada ramai kawan untuk berborak dan berkongsi cerita.

Kadang-kadang kita tidak perasaan bahawa kemesraan dan persahabatan boleh bertukar kepada cinta, namun Ayda begitu pasti dengan perasaan beliau dan memang benar mereka sekadar bersahabat sahaja.

Sumber Berita : mStar Online