Written by Bella | December 7th, 2015

Sempena cuti sekolah ini ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak mereka.

Nora Danish juga baru-baru ini sempat untuk meluangkan masa bukan sahaja dengan anaknya Rayqal tetapi ahli keluarga yang lain dengan menikmati percutian di Indonesia.

Bermula di Bandung kemudian mereka telah berkunjung ke pulau yang semakin popular iaitu Lombok.

Nora sempat berkongsi beberapa foto sewaktu percutiannya itu kepada peminat di Instagram miliknya.

Jom kita layan  foto tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | September 4th, 2015

Walaupun sudah lama bercerai dengan Jejai, Nora Danish masih lagi baik dengan bekas ibu mertuanya iaitu Raja Noora. Namun, hubungan baik  mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang mengkritik beliau sehingga mengheret nama Jejai juga.

Menurut Nora beliau bukanlah jenis yang suka kembali kepada bekas suami, tegas Nora bekas mertuanya itu akan selamanya menjadi ibu kepada Nora.

Kami tahu kontroversi Nora Danish ini dengan kisah percintaan beliau tidak habis-habis dan buat beberpa orang menyampah dengan beliau, tetapi janganlah sampai setiap perkara Nora buat kita perlu kritik bukan? Apa salahnya kalau beliau berbaik dengan bekas mertuanya?

Written by AbangNara | September 4th, 2015

Anak adalah satu anugerah yang paling berharga buat mereka yang sudah berkahwin. Alhamdulillah Abang Nara sekarang pun dah ada 3 orang anak. Memang penat nak menjaga mereka, tetapi keletah mereka sentiasa mencuit hati ini. Seperti yang kita semua tahu, Nora Danish mempunyai seorang anak lelaki bernama Rayqal hasil perkahwinannya dengan Jejai satu ketika dahulu. Dah besar panjang pun dah si Rayqal nie. Comel macam mak dia!!!

nora danish

Selaku seorang selebriti, sudah tentu Nora Danish seorang yang amat sibuk. Namun itu tidak bermaksud yang Nora mengabaikan dan tidak menjaga anaknya, Rayqal. Apabila dirinya dituduh lebih suka berfoya-foya dan menghabiskan masa bersama bekas kekasih (Nedim) berbanding anaknya, kesabaran dalam diri Nora Danish hilang. Malah ada juga tuduhan yang Nora lebih senang membiarkan Rayqal tinggal bersama bekas ibu dan bapa mentuanya. Fuh!!! Macam-macam tuduhan yang tak masuk akal diterima oleh Nora Danish.

nora danish

Enggan dirinya dipandang sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab, Nora Danish tampil memberi penerangan yang panjang lebar. Kata Nora Danish:-

Siapa tidak sayang anak? Sebagai ibu, kalau boleh setiap masa asaya mahu berada di sisi Rayqal dan tidak mahu berkongsi kasih sayang ini dengan sesiapa pun. Tapi saya terpaksa akur kerana dia juga masih ada bapa dan datuk serta nenek yang amat menyayangi Rayqal.

Jadi saya harus bergilir-gilir dengan mereka. Tiga hari Rayqal bersama saya, lima hari di rumah datuk dan neneknya manakala tigak hari lagi bersama Jejai. Sebagai cucu sulung, Rayqal menjadi kesayangan ibu dan bapa mentua saya, mereka terlalu sayang kepadanya.

Pada waktu sama, Rayqal juga seronok bersama mereka kerana rumah datuk dan neneknya lebih luas serta ada sepupu yang hampir sebaya tinggal bersamanya. Jadi Rayqal tidak sunyi di sana.

Ibu mentua saya seorag yang sangat baik jadi saya perlu balas budinya. Saya bukan menggunakan Rayqal untuk memancing mereka, Rayqal adalah cucu mereka. Jadi mentua turut mempunyai hak ke atas Rayqal.

Mungkin orang tidak perasan, sebenarnya sudah lama saya cuba menjauhkan diri daripada keluarga mentua. Saya mengelak daripada terlalu kerap menghadiri acara yang dianjurkan mereka kerana tidak mahu dituduh masih mengharapkan keluarga mentua.

Orang tidak perasan semua itu, tetapi mereka terus menerus menghentam saya sehingga ibu saya turut diheret sama. Itu yang menyebabkan saya bertambah sedih. Disebabkan itu, pada sambutan Hari Kebangsaan saya nekad menjawap setiap cemuhan yang dilemparkan kepada saya di laman sosial.

Bukan ingin mengeruhkan lagi keadaan, tetapi saya akan cuba menjawab dan menegur secara baik. Mungkin orang akan berhenti bercakap apabila saya berkahwin kelak. Siapa yang tidak mahu mempunyai keluarga yang bahagia? Saya masih muda dan mahu menambah zuriat lagi.

Tetapi saya masih belum dipertemukan jodoh lagi. Jika sudah bertemu yang sesuai, saya tidak mahu lagi terlalu terbuka seperti dulu. Tahu-tahu saja gambar kahwin saya dah tersebar.

nora danishAbang Nara ada perasan juga komen-komen daripada Nora Danish di laman Instagram yang membalas kutukan dan cacian orang ramai terhadapnya. Malah bekas kekasihnya Nedim Nazri turut sama mem’back up’ Nora danish. Secara jujur, apa yang dikatakan oleh Nora Danish ini memang benar. Anak bukanlah hak milik kita seorang lebih-lebih lagi kalau cucu pertama. Memang akan dapat perhatian lebih daripada atuk dan neneknya. Itu perkara biasa. Diharap dengan penerangan ini, tak ada lagi kata-kata nista dilemparkan kepada Nora Danish. Lagi beberapa gambar Nora Danish dan Rayqal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

 
Written by AbangNara | November 14th, 2014

Abang Nara pelik juga kenapa sesetengah manusia nak cemburu dengan hubungan baik seseorang. Sepatutnya kita turut sama bergembira apabila melihat orang lain mempunyai hubungan kekeluargaan yang mesra. Tak kiralah dengan keluarga sendiri ke, bekas keluarga mertua ke. Kesian Abang Nara kepada Nora Danish yang tak habis-habis dihentam kerana masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas keluarga mertuanya. Pelik pun ada juga dengan manusia yang tak senang melihat kebahagiaan orang lain.

nora danish

Sepatutnya kita kena rasa terharu dan bangga kerana Nora serta bekas keluarga mertuanya masih mengekalkan hubungan baik walaupun Nora bukan lagi isteri kepada Jejai. Bukan senang nak buat macam itu. Lagipun kita kena faham yang Nora mempunyai seorang anak yang merupakan cucu kepada Raja Nora dan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Jadi tak pelik sekiranya hubungan mereka masih kekal baik sehingga ke hari ini. Kata Nora menerusi Kosmo:-

Orang boleh komen apa sahaja di Instagram saya, ada yang puji dan ada yang kutuk. Jika sentuh tentang diri saya sahaja, saya tidak kisah.

Namun, tidak perlulah membangkitkan isu yang saya terhegeh-hegeh dengan keluarga mertua. Walaupun saya dan bekas suami sudah berpisah tetapi mereka tetap keluarga saya. Tidak salah untuk saya berkongsi kasih sayang dengan mereka.

Mungkin dahulu kami mempunyai masalah tetapi hari ini, kami semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jadi, tolonglah jangan ganggu kebahagiaan kami semua

Hubungan Nora dengan Fasha juga sudah lama pulih. Memang tak ada masalah. Benda dah lama berlalu tetapi masih ramai lagi yang nak mengungkit. Malah Nora mengakui yang anaknya, Rayqal begitu menyayangi kedua-dua adik tirinya. Kata Nora lagi:-

Rayqal merapatkan hubungan kami semua. Walaupun hak penjagaan diberi kepada saya tetapi Rayqal akan tinggal secara bergilir di tiga buah rumah iaitu rumah saya, Jejai dan bekas keluarga mertua.

Jadi, kami selalu berhubung. Terbaharu, apabila Fasha melahirkan anak keduanya, Rayqal antara orang yang paling teruja. Walaupun dia agak manja tetapi dia langsung tidak cemburu sebaliknya cukup sayang dengan dua orang adik tirinya itu

nora danish

Seharusnya sebagai seora ng manusia normal, kita turut sama bergembira melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Nora Danish dan keluarganya. Tak perlu nak cemburu buta. Malah kita patut turut sama mendoakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga bila-bila. Kepada Nora, kekalkan hubungan baik anda dengan bekas keluarga mertua. Jangan pedulikan kata-kata orang lain. Tahniah kerana terus berusaha mengeratkan hubungan silaturahim walaupun sudah tidak bergelar isteri kepada Jejai. You have my respek!!!

P.S: Besarkan payudara ke saiz F untuk cari teman lelaki.