February 26th, 2011

leman keluar raja lawak 5

Dari dulu lagi memang Abang Nara tak faham macam mana Leman boleh bertahan begitu lama di Raja Lawak. Lawak Leman memang tak lawak. Tagline “Aku Tak Faham” memang sangat sesuai dengan Leman. Sumpah Abang Nara tak faham langsung lawak yang dibuatnya. Rasa menggigil tangan menahan kegeraman setiap kali Leman buat lawak. Lawak yang tak lawak langsung.

Akhirnya semalam Leman telah pun diundi keluar daripada Raja Lawak. Dengar ceritanya siap ada orang bercakap “YES” meraikan tersingkirnya Leman. Dan memang rasanya Leman layak keluar. Cukup-cukuplah buat lawak yang tak lawak. Pening kepala mendengarnya.

Apa pendapat korang? Adakah korang sokong Leman?

P.S: Baca gosip baca jugak. Jangan lupa amik Nestle Profiler Test untuk tahu taraf kesihatan korang. Nanti baru boleh dapat gaya hidup yang seimbang.

January 31st, 2011

Tema persembahan Raja Lawak 5 minggu 4 ialah “Cinta”. Abang Nara tak sempat tengok secara live tapi Abang Nara dah tengok kat YouTube. Cinta itu bagi Abang Nara sememangnya suci macam cinta Chris Medina. Tapi persembahan peserta-peserta Raja Lawak pada minggu 4 ini agak lucah.

Mulanya Abang Nara ingat Abang Nara je yang fikir gitu. Tup-tup dapat satu email daripada seorang pembaca yang turut berfikiran serupa. Korang bacalah luahan hati dia nie. Ada betulnya jugak. Moga pihak Raja Lawak akan lebih berhati-hati selepas ini.

[note]Saya sangat kecewa dengan Raja Lawak malam ni. boleh dikatakan hampir semua peserta buat LAWAK DOUBLE MEANING. atau bahasa kasar lawak lucah! Dengan HOS-hosnya sekali. Buktinya, at the end of the show, Zizan mintak maap tkasar bahasa dan “terlebih perkataan”. Pleaaaaasseeelaa.

Selama yang saya tau, bila ada Raja Lawak, semua family akan berkumpul tengok sekali. Selalunya ditonton dengan anak2. Tapi kalau hampir semua contestant buat lawak double meaning gitu, cuba bayangkan pengaruhnya kepada kanak2. Nak2 budak2 baru nak naik, Lawak2 macam ni la yang akan meniti dibibir2 mereka kat sekolah dek kerana rancangan ni. rRsak anak bangsa!.

Dan believe me, tadi saya baru lepas tonton Raja Lawak ni dengan family saya. Masing2 jadi macam xbest. Budak2 terpinga2. WAHAI PIHAK ASTRO, TOLONG LA TEGUR PARA PESERTA SERTA HOSNYA SEKALI. Isu2 sensitif gitu xpayah la nak dibuat lawak. Kalau nak buat jugak, labelkan rancangan ni 18sx. bukan U. Kepada raja lawak, gunakan kelebihan yg anda ada sebagai pelawak dengan sebaiknya. [/note]

Apa pendapat anda yang menonton Raja Lawak minggu lepas?

P.S: Dapatkan Blackberry Torch 9800 dengan harga termurah sempena dengan Celcom Everyone Sale hari ini jugak.

January 26th, 2011

Walaupun Raja Lawak musim ke 5 (RL5) baru sahaja masuk minggu ketiga, tapi Abang Nara dah nampak kehebatan kumpulan R2. Video di atas adalah video persembahan R2 masa minggu ketiga. Sempoi gila lawak dia. Memang pecah perut dibuatnya. Adakah R2 bakal jadi Juara Raja Lawak 5?

Pencabar terdekat R2 sudah semestinya Man yang memang kelakar tak hengat untuk minggu ke 3 nie. Meniru gaya Eric Leong dan Nasir Bilal Khan, lawak Man memang mantap. Cuma persembahan Man agak tidak konsisten. Minggu pertama dan kedua Man agak kurang kelakar. Tapi minggu ke 3 memang marvelous.

Buat masa ini, Nazmi yang muka macam David Teo mendahului undian. Lawak dia masa minggu pertama memang first class. Abang Nara paling suka perkataan “Dasyatt” yang digunakan. Memang kelakar gila. First class performance daripada Nazmi.

Bagi Abang Nara, 3 peserta ini bakal bertarung sengit untuk merebut gelaran Juara Raja Lawak 5. Apa pendapat korang?

January 3rd, 2011

raja lawak 5

Walaupun kami kecewa kerana tak dapat pergi audition Raja Lawak 5 tahun lepas, tapi kami tetap akan sokong program Raja Lawak yang dah masuk musim ke 5 ini. Minggu ini, Raja Lawak 5 akan membuka tirainya dengan hos yang meletup. Siapa lagi kalau bukan Johan dan Zizan. Juri bagi Raja Lawak musim ke 5 ini ialah Farouk Hussin, Afdlin Shauki dan Sathya kalau tak silap kami.

Dan jangan terkejut sebab kali ini ada peserta daripada wanita. Berkumpulan lagi tue. Nantikan kehadiran kumpulan KAMI. Dengar ceritanya boleh tahan hot jugak diorang berdua nie. Harap-harap penonton akan bijak dan tak hanya mengundi sebab ke”hot”an dua orang awek ini.

Tak sabar la pulak nak tunggu hujung minggu ini untuk Raja Lawak 5. Anda pulak bagaimana?