Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

R2 Bakal Jadi Juara Raja Lawak 5?

Walaupun Raja Lawak musim ke 5 (RL5) baru sahaja masuk minggu ketiga, tapi Abang Nara dah nampak kehebatan kumpulan R2. Video di atas adalah video persembahan R2 masa minggu ketiga. Sempoi gila lawak dia. Memang pecah perut dibuatnya. Adakah R2 bakal jadi Juara Raja Lawak 5?

Advertisement

Pencabar terdekat R2 sudah semestinya Man yang memang kelakar tak hengat untuk minggu ke 3 nie. Meniru gaya Eric Leong dan Nasir Bilal Khan, lawak Man memang mantap. Cuma persembahan Man agak tidak konsisten. Minggu pertama dan kedua Man agak kurang kelakar. Tapi minggu ke 3 memang marvelous.

Buat masa ini, Nazmi yang muka macam David Teo mendahului undian. Lawak dia masa minggu pertama memang first class. Abang Nara paling suka perkataan “Dasyatt” yang digunakan. Memang kelakar gila. First class performance daripada Nazmi.

Bagi Abang Nara, 3 peserta ini bakal bertarung sengit untuk merebut gelaran Juara Raja Lawak 5. Apa pendapat korang?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top