Written by AbangNara | June 21st, 2017

Salam takziah Abang Nara ucapkan kepada Raja Farah atas berita sedih ini. Di kala umat Islam sedang bergembira mahu menyambut kehadiran Syawal, Raja Farah telah pun disahkan keguguran. Untuk makluman, peristiwa sedih ini berlaku ketika usia kandungan Raja Farah adalah sekitar 2 bulan.
raja farahMenurut Raja Farah, kejadian berkenaan berlaku selepas waktu berbuka malam semalam, ketika dirinya sedang berniaga di sebuah karnival di Kuala Selangor. Kata Raja Farah:-

Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti.

Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya.

Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung (Imran).

raja farah keguguran

Semoga Raja Farah dan suami tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sumber Berita Harian.
nita rayaP.S: Abang Nara percaya persiapan raya korang dah hampir setel dah. Buat kaum Hawa, pastikan korang tak terlupa nak bawa balik lipstick dan juga eyeshadow. Barulah wajah tue makin berseri-seri di pagi raya. Kalau belum beli lagi, Abang Nara cadangkan cuba koleksi terbaru Eye Shadow Palette dan Moist Jumbo Lipsticks dari NITA ini. Confirm kebabom meletop punyalah gaya korang nanti. Makluma lanjut layari www.nitacosmetics.com 

Written by Bella | August 11th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Raja Farah Raja Aziz yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.16kg pada jam 3.55 pagi semalam. Raja Farah melahirkan cahaya mata sulungnya itu secara normal.

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Raja Farah sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Assalamualaikum semua, syukur Alhamdulillah kami nak umumkan secara rasmi.

Farah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16kg, jam 3:35 pagi, bertarikh 10 Ogos 2016 secara normal. Syukur kehadrat Allah SWT diatas anugerah ini.Terima kasih untuk semua doa-doa dan  kata-kata sokongan dari semua kawan-kawan dan peminat-peminat . I love you all.

Alhamdullillah segala proses bersalin berjalan dengan lancar buat Raja Farah dan bayi juga berada didalam keadaan sihat. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini dapat menyerikan lagi rumah tangga Raja Farah dan suami dan membuatkan kasih sayang antara mereka sekeluarga bertambah.

Sumber Berita : Instagram Raja Farah

Written by Bella | June 15th, 2016

Sejak Raja Farah hamil ini, kami lihat wajah beliau semakin berseri. Jelas terpancar sinar bahagia diwajah beliau  bukan? Malah, suaminya Iskandar Ismail katanya cukup memanjakan beliau. Raja Farah kini sedang hamil 29 minggu dan dijangka bersalin pada bulan Ogos depan.

Menerusi kenyataan di mStar Online, Raja Farah memberitahu beliau sudah mengetahui jantinya anaknya tetapi ingin merahsiakan perkara berkenaan sebagai kejutan buat keluarganya.

Baby bump Raja Farah juga sudah jelas kelihatan dan ia boleh dilihat menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram.

Kami di Beautifulnara berharap Raja Farah dan anak didalam kandungan sentiasa sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Jom layan beberapa lagi foto baby bump Raja Farah yang semakin terserlah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 23rd, 2016

Berkat kesabaran dan doa kepada Allah SWT, Raja Farah sudah membuktikan beliau tidak mandul seperti yang dikatakan oleh orang ramai apabila kini sudah hamil anak pertama bersama suami Iskandar Ismail.

Menerusi portal Utusan Online, Raja Farah akui pihak yang menuduh beliau tidak mampu untuk mendapat zuriat dahulu ada yang datang meminta maaf kepada beliau.  Namun, sejak awal lagi sebenarnya Raja Farah sudah memaafkan kesalahan mereka.

Ada yang meminta maaf kerana pernah menuduh saya macam-macam sebelum ini. Bagi saya perkara ini normal semua orang membuat kesalahan. Berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain juga. Sebab bagi saya yang melalui perkara itu, ternyata bukan mudah untuk diri ini menelan setiap pertuduhan. Kita sebagai wanita cepat sensitif dan emosi kita mudah dipengaruhi.

Raja Farah pada masa yang sama bercerita, beliau pernah merasa tertekan kerana isu berkenaan dan pernah bertanya kepada Iskandar apa yang suaminya itu akan lakukan jika beliau tidak boleh hamil.

Tidak disangka-sangka, Iskandar memberikan jawapan yang cukup positif dan Raja Farah cukup bersyukur dengan reaksi suaminya itu.

Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya.

Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas `tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja.

Itulah, kadang-kadang manusia ini ingat mereka betul dalam segala hal sehingga sanggup menggelarkan seseorang itu mandul.  Harapnya segala proses kehamilan Raja Farah akan berjalan dengan lancar. Kami tahu ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah comel anak Raja Farah.

Sumber Berita : Utusan Online