Written by serenity | January 7th, 2014

Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengongsikan gambar-gambar dari majlis perkahwinan pelakon Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, 35, dengan pengurusnya, Rozita Rahim, 28. Majlis ini berlangsung pada 20 Disember 2013 di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


 photo eiytarey01.jpg
 photo eiytarey02.jpg

Majlis ini diuruskan oleh Sri Lagenda Wedding and Event Management dan solekan dihasilkan oleh Emel Ismail. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 20th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat pelakon dan pengarah, Raja Azrey yang telah sah bergelar suami kepada Rozita Ibrahim dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di  Masjid Al-Azim, Pandan Indah tepat jam 5 petang semalam. Sebelum ini Abang Nara telah kongsikan gambar pra perkahwinan pengantin baru ini untuk tatapan anda semua.

gambar perkahwinan raja azrey

Majlis pernikahan telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan berlangsung dalam keadaan sederhana. Pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan bertemakan bangsawan. Tahniah diucapkan atas ikatan yang dibina dan semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat.

Written by serenity | December 16th, 2013

Tahniah diucapkan kepada pelakon yang dikenali melalui telefilem Blok 404 dan kini pengarah teater, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman, 35,  kerana bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengurus kerjayanya, Rozita Rahim, 28.

 photo ieytaazri03.jpg
 photo ieytaazri02.jpg

Perkahwinan mereka bakal dilangungkan pada 20 Disember ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur. Bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.