Written by Bella | November 3rd, 2016

Pelakon Anis Al Idrus akui kisah putus cinta bersama Raja Afiq memberikan impak yang agak besar buat dirinya apabila ia masyarakat mula memandang negatif kepada dirinya. Sedikit sebanyak hal itu menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang masih mencari arah dan menapak dalam industri hiburan tempatan.

Saya tidak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip. Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia tidak terus menganggu emosi.

Menurut Anis beliau cuma mangsa keadaan dan tetap akan meneruskan niatnya untuk mendedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Maaf, atas nasihat beberapa individu, saya tidak dapat kongsikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana bukti-bukti tersebut akan dibentangkan pada satu masa yang akan saya umumkan kelak.

Saya harap dengan pendedahan itu boleh membuka mata siapa yang yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini.

Pada masa yang sama, Anis memberitahu beliau gembira dengan kehidupannya sekarang biarpun tiada teman istimewa di sisi.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 18th, 2016

Pelakon Raja Afiq memberitahu beliau tidak gentar dengan pendedahan yang bakal dilakukan oleh bekas kekasihnya, Anis Al Idrus tentang kisah putus cinta mereka kerana beliau tidak menyembunyikan sebarang rahsia.

Terpulang kepada dia (Anis) untuk memberi penjelasan atau mendedahkan punca kenapa hubungan kami putus. Saya tiada apa-apa perkara yang ingin ditakutkan. Bagi saya, adalah lebih baik penjelasan tentang perpisahan itu dibuat secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak pun.

Raja Afiq juga menafikan perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga dan pelakon Neina Baharun juga tidak ada kena mengena dengan isu  beliau dan Anis.

Niena tiada kena mengena dengan hubungan kami, dia pun tahu tentang hubungan kami putus melalui akhbar seperti orang lain juga.

Kami memang baik atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah ada kekasih.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam apa-apa acara, Raja Afiq berkata, beliau  akan cuba mengelak supaya tidak mahu timbul rasa kurang senang antara kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun beliau akan sentiasa bersikap profesional jika ia berkaitan soal kerja.

Pada kami kalau sudah tiada jodoh, untuk apa lagi hendak dedahkan punca perpisahan. Kadang-kadang lebih baik untuk diri kita sahaja tahu apa yang berlaku. Tak gitu?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 18th, 2016

Baru-baru ini, hero drama Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq memberitahu beliau sebenarnya sudah dua bulan berpisah dengan pelakon Anis Al Idrus.

Susulan pengakuan Raja Afiq, Anis menerusi portal mStar Online berkata beliau bakal  mendedahkan punca mereka putus cinta berserta beberapa bukti.

Namun, beliau meminta orang ramai untuk memberi beliau ruang dan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Saya akan menjelaskan perkara sebenar kenapa perpisahan ini berlaku beserta bukti tertentu pada masa dan ketika yang sesuai. Buat masa sekarang, saya tak mahu beri sebarang komen untuk menghormati keluarga, dan ‘pihak-pihak’ yang terlibat.

Walaubagaimanapun, Anis enggan memberikan sebarang komen mengenai ‘pihak-pihak’ terlibat tersebut.

Anis bertindak untuk menceritakan hal sebenar kerana beliau menerima pelbagai kritikan  yang memburukkan dirinya daripada pihak tertentu apabila berita putus cintanya mula tersebar sejak semalam.

Untuk pengetahuan anda, percintaan Anis Al Idrus dan Raja Afiq hanya bertahan selama lima bulan sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 17th, 2016

Sekitar bulan lepas, ada khabar angin mengatakan hubungan cinta antara Raja Afiq dan Anis Al Idrus telah berakhir. Namun, Anis menyifatkan penyebaran berita berkenaan sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bercinta.

Walaubagaimanapun, Raja Afiq yang tidak mahu terus menipu peminat mengesahkan beliau dan Anis sebenarnya sudah putus cinta sejak dua bulan lepas.

Raja Afiq memberitahu beliau mengambil masa untuk berterus-terang kerana sebelum ini masing-masing belum bersedia dan tidak mahu kisah putus cinta ini jadi berita hangat.

Ketika itu, saya masih tidak berani untuk bercakap mengenai perkara ini. Tetapi apabila berfikir kembali, sampai bila saya mahu menyembunyikan kenyataan ini? Khususnya dengan peminat kerana nanti semua orang akan tahu perkara sebenar.

Saya tiada nita untuk membiarkan orang luar berteka-teki mengenai hubungan kami. Saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan isu, membuatkan saya membiarkan sahaja dulu sehingga bersedia untuk berkongsi mengenainya.

Buat masa ini Raja Afiq enggan lagi memikirkan soal cinta dan ingin fokus kepada karier lakonannya yang baru sahaja bermula.

Saya mahu terlebih dahulu, menggembirakan ibu dan membalas jasanya kerana dia sudah berkorban membesarkan saya dan empat lagi kakak. Mungkin sesetengah pihak tidak faham situasi ini, tetapi saya ingin menyatakan fokus utama sekarang adalah kerjaya dan keluarga.

Mungkin Allah mahu memberikan jodoh yang lebih baik kepada saya dan Anis selepas apa yang berlaku ini.

Kalau tiada jodoh hendak buat bagaimana, tetapi Anis sepatutnya terus terang sahaja daripada awal meskipun apa yang berlaku pahit untuk ditelan. Apa-apa pun, kami harap mereka berdua tidak bermasam muka.

Sumber Berita : Berita Harian