Written by Bella | November 8th, 2017

Semalam, Fasha Sandha telah mengadakan satu majlis yang cukup meriah bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ke 3 bertempat di KLCC. Bertemakan warna pink, Jemyma kelihatan cukup comel dan bahagia apatah lagi dengan kehadiran bapa tercinta, Jejai yang turut memeriahkan lagi majlis tersebut.

Ramai peminat mendoakan agar Jemyma membesar menjadi anak yang solehah dan pada masa yang sama sempat memuji sikap Fasha dan Jejai yang sanggup melupakan persengketaan sebelum ini demi anak-anak mereka.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Putri Raysha Jemyma dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : kaki5photo

 
Written by Bella | January 9th, 2017

Hampir setahun bercerai dengan bekas suamianya Jejai, kini pelakon Fasha Sandha telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan berharap akan bertemu jodoh serta berkahwin sebelum anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima meningkat dewasa. Namun, buat masa ini Fasha belum mempunyai sebarang teman istimewa kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Bukan tidak berjumpa lelaki lain, tetapi ketika ini, saya takut tidak dapat memberikan komitmen kerana lebih mengutamakan kerjaya seni. Usia saya akan memasuki 33 tahun tidak lama lagi, saya berharap jodoh saya sampai sebelum anak-anak terlalu besar.

Ketika ini, anak-anak masih belum faham situasi yang ayah dan ibu mereka lalui ini. Andai ditakdirkan saya bertemu jodoh nanti, saya akan terima.

Menurut Fasha, buat masa ini juga, masih belum ada jejaka yang menghampiri dirinya dan Fasha juga masih ingin memberikan fokus buat anak-anaknya terlebih dahulu.

Alhamdulillah, belum ada lelaki yang cuba mendekati untuk mengambil kesempatan hanya kerana saya ibu tunggal. Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal juga sudah berubah.

Sebagai ibu tunggal, kita perlu tunjukkan yang kita boleh bekerja dan berdikari supaya orang memandang tinggi serta jangan sesekali menunjukkan diri sebagai insan yang lemah.

Apa yang terjadi pada waktu lalu bukanlah penamat untuk Fasha Sandha mencari kebahagiaan bersama orang lain pula. Siapa tahu jika ada jodoh Fasha selepas ini ia akan kekal sehingga akhir hayatnya. Apa yang penting, lelaki itu dapat mencintai Fasha seadanya dan menyayangi anak-anak Fasha seperti anak sendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | November 8th, 2016

Semalam, Fasha Sandha telah mengadakan satu majlis yang cukup meriah bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ke 2.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh bekas suaminya Jejai serta anak Nora Danish iaitu Putra Rayqal.

Melihat hubungan baik yang terjalin antara Jejai dan Fasha meskipun sudah berpisah, ruangan komen Instagram Fasha penuh dengan doa serta harapan daripada peminat yang ingin mereka berdua kembali bersama sebagai satu keluarga bahagia.

Kami juga gembira melihat sikap Jejai dan Fasha yang menolak tepi segala permasalahan mereka sebelum ini demi ana-anak tercinta.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Putri Raysha Jemyma dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Instagram We Love Fasha Sandha

 
Written by Bella | November 9th, 2015

Pada hari Sabtu lepas, Fasha Sandha dan keluarga telah meraikan ulangtahun kelahiran pertama anak perempuannya, Raysha Jemyma .

Majlis dengan tema warna merah jambu itu berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran rakan-rakan artis, kenalan serta saudara terdekat.

Melalui muat naik terbaru di  Instagram Camora Arts berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis harijadi Raysha buat tatapan anda semua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: Camora Arts