February 5th, 2018

Berhasrat mempunyai anak yang ramai, pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kini sedang berusaha untuk menambah cahaya mata biarpun anak sulung mereka, Syaikhul Islam baru sahaja berusia lapan bulan.

Malah, Puteri Sarah sudah mendapatkan nasihat doktor dan beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil lagi.

Saya sangat bersedia dan kami sedang berusaha untuk menimang anak kedua. Kalau boleh saya mahukan anak perempuan tetapi Syamsul ingin anak lelaki lagi. Namun jika ada rezeki, kami tidak kisah (jantina). Sebenarnya kami berdua memang berharap untuk memiliki anak yang ramai. Sebab itu saya tidak kisah sekiranya diberi rezeki untuk hamil lagi dalam masa terdekat ini.

Nampaknya kehidupan Sarah dan Syamsul pasti akan bertambah meriah kalau mempunyai anak yang ramai. Kata orang, bukan sahaja kebahagiaan tetapi rezeki juga akan datang berlipat kali ganda. Semoga hasrat mereka untuk menimang cahaya mata lagi akan termakbul.

Sumber Berita : Utusan Online