Written by Bella | April 25th, 2017

Setelah beberapa tahun menunggu untuk bergelar ibu dan bapa, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana akhirnya dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Syaikhul Islam pada 19 April lepas.

Syamsul dan Puteri Sarah tidak dapat menggambarkan betapa gembira dan bersyukurnya mereka kerana atas kehadiran cahaya mata sulung mereka itu. Malah, peminat pasangan ini juga turut merasa teruja atas kelahiran Syaikhul.

Menerusi laman Instagram, ada beberapa foto terkini Syaikhul dimuat naik. Ermm, memang comel dan kacak sungguh sama seperti bapanya.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto si comel Syaikhul Islam dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | April 19th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof serta isterinya Puteri Sarah Liyana atas kelahiran cahaya mata lelaki sulung mereka.  Tidak pasti bila Puteri Sarah bersalin, namun berita gembira itu dikongsi oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Syamsul memuat naik foto anaknya yang diberikan nama Syaikhul Islam dengan kapsyen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka.

Ruangan komen di Instagram Syamsul dipenuhi dengan ucapan tahniah dan ada yang mendoakan kesejahteraan Syamsul sekeluarga.  Sudah lama juga Syamsul dan Puteri Sarah menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka ini, semoga keluarga kecil mereka ini akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan. InshaAllah.