November 17th, 2014

Pasti ramai yang akan sedih dengan berita ini. Namun inilah kenyataan yang harus diterima. Neelofa tidak lagi akan menjadi salah seorang pengacara program Nona pada tahun hadapan. Untuk makluman, sebenarnya sudah 3 tahun Neelofa mengacara program Nona dan kontraknya akan tamat hujung tahun ini. Sehubungan itu, Neelofa mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak yang telah ditandatangani sejak Januari 2012 itu.

neelofa nona

Secara jujur, Abang Nara kalau tertengok program ini memang untuk menunggu kelibat Neelofa je. Hehehe. Suka kot tengok kelatahnya yang comel. Orangnya pun cantik. Sedaplah mata memandang. Kata Neelofa menerusi Kosmo Ahad semalam:-

Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya mengacarakan program Nona. Kontrak saya bersama Nona akan tamat pada tahun ini. Saya tidak akan sambung mengacarakan program itu. Bagi saya cukplah selama tiga tahun saya menempa nama dalam program tersebut.

Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada pengacara program popular itu. Kalau boleh, saya mahu mengacarakan program lain pula selepas ini.

neelofa nona

Semoga akan ada program yang lebih sesuai dan akan lebih menyerlahkan bakat Neelofa sebagai pengacara Neelofa kelak. Dengan tamatnya kontrak Neelofa, Abang Nara tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi penggantinya. Banyak nama yang bermain di fikiran ini. Lisa Surihani, Fazura, Izara Aishah, Tasha Shilla adalah antara nama yang boleh dipertimbangkan. Tak sabar rasanya nak tahu. Agak-agak anda, siapakah yang paling sesuai? Kongsikan pendapat di ruangan komen.

P.S: 6 model Honda disahkan alami masalah beg udara

March 19th, 2014

Nona adalah satu rancangan TV yang amat berprestij. Bukan senang untuk selebriti-selebriti wanita dipilih mengacarakan program ini. Menariknya setiap tahun pasti ada desas-desus mengenai pengacara baru Nona yang akan menggantikan pengacara sedia ada. Untuk makluman, pengacara Nona sekarang ialah Neelofa dan juga Fara Fauzana.

fouziah gous ganti neelofa

Salah satu nama yang dikatakan akan menjadi pengacara Nona sekaligus menggantikan Neelofa ialah Fouziah Gous. Ramai juga yang terkejut kerana sepanjang mengendalikan Nona, Neelofa dilihat amat selesa dan mantap sekali. Namun menurut Fouziah Gous, dia hanya dijemput mengacarakan Nona untuk satu episod sahaja. Kata Fouziah Gous menerusi portal GUA:-

Saya harap peminat tak bangkitkan isu ini kerana saya hanya dijemput menjadi pengacara untuk satu episod. Tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana fokus utama saya adalah berlakon. Saya terima tawaran daripada pihak produksi Nona semata-mata untuk timba pengalaman.

Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pengacaraan. Lebih-lebih lagi program Nona merupakan satu rancangan berinformasi. Apabila ditawarkan, saya agak ragu-ragu tapi saya cuba juga. Saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya kerana ini merupakan percubaan pertama saya sebagai pengacara

fouziah gous ganti neelofa

Diharap semua pihak berpuas hati dengan penerangan ini. Untuk pengetahuan anda juga, Neelofa telah menandatangani kontrak baru untuk memanjangkan lagi khidmatnya bersama Nona. Jadi kepada para peminat Neelofa, anda masih boleh menatap wajah pengacara kegemaran anda pada setiap hari Ahad. Sila tarik nafas lega!!!

P.S: Toyota Innova facelift dilancarkan pada harga RM97,749.90