October 10th, 2017

Minggu ini sekali lagi program realiti Clever Girl menjadi bualan ramai. Ini semua gara-gara salah seorang pesertanya iaitu Shazana dari Selangor yang telah menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen. Tindakan Shazana yang hanya menjawab B tanpa mengetahui apakah jawapan pada B selepas disoal oleh hos Alif Satar nembuatkan penonton mendakwa soalan tersebut telah bocor.

shazana clever girl

Walaupun memilih jawapan yang betul, Shazana gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Clever Girl. Menjawab dakwaan daripada netizen, Shazana memaklumkan jika dia menerima soalan bocor, sudah tentu dia masih berada di dalam program tersebut. Ikuti penjelasan Shazana di bawah:-

Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya. Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Saya baca komen rata-rata netizen tuduh kami semua peserta diberi set soalan, tinggal hafal sahaja jawapan. Kalau begitulah, sudah pasti saya masih selamat, sebab saya memang kaki hafal. Senang betul saya nak menang RM100,000 tu.

Masyarakat kita sakit dengan syak wasangka dan fitnah. Begitu mudah anda semua percaya tanpa ada bukti. Janganlah kerana kesilapan kecil atau cerita yang tiada bukti, anda pukul rata semua peserta

Secara jujurnya, kredibiliti program Clever Girl mula dipertikaikan selepas salah seorang peserta program tersebut iaitu Kiera menarik diri. Kiera yang merupakan peserta graduan Universiti Oxford menarik diri daripada program berkenaan dan mendakwa terdapat pilih kasih dan ‘soalan bocor’ dalam program berkenaan. Namun begitu pihak produksi TV3 telah menafikan dakwaan tersebut. Sudah tentu apa yang terjadi terhadap Shazana ini menimbulkan lagi rasa kurang senang di kalangan penonton.

shazana

Apa pula pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Mstar Online.

Advertisement
September 25th, 2017

Kecoh sebentar hujung minggu lalu apabila peserta dari Pulau Pinang iaitu Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) menarik daripada program Clever Girl terbitan TV3. Lebih kecoh apabila tidak lama kemudian Kiera mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Instagramnya @Kieracatkingdom mendakwa sikap pihak produksi yang berat sebelah dan memberi soalan bocor kepada peserta tertentu menyebabkan dia mengambil keputusan tersebut. Namun kenyataan tersebut telah pun dipadamkan.

kiera clever girl

Terbaru, pihak TV3 telah memaklumkan tidak ragu-ragu untuk menyaman dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kiera atas tuduhan palsu dan fitnah tersebut. Namun Kiera telah tampil untuk membuat permohonan maaf atas kontroversi yang terjadi. Kata Kiera:-

Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet. Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terbabit secara langsung atau tidak.

Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan. Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut.

kiera clever girl

Untuk makluman, Kiera adalah seorang pelajar lulusan Universiti Oxford. Penarikan diri Kiera menyaksikan hanya tinggal 6 peserta program Clever Girl yang akan bertanding secara langsung pada pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam. Semoga dengan permohonan maaf ini tiada lagi spekulasi bukan-bukan tentang program terbitan TV3 ini. Sumber Mstar Online.

Advertisement
March 3rd, 2016

Lama tidak mendengar khabar terkini Cheryl Samad, salah seorang pengacara yang cukup hebat di mata Abang Nara. Kemunculan Cheryl Samad di kaca televisyen boleh dikatakan amat terhad sekarang. Kemungkinan besar Cheryl sibuk membesarkan anak pertamanya, Stella yang telah dilahirkan pada 18 Oktober 2013, Sekian lama berdiam diri, Cheryl Samad telah sudi berkongsi berita gembira tentang kehamilan keduanya.
cheryl samadBuat masa ini, Cheryl sedang sibuk dengan program Clever Girl Malaysia selaku pengacara. Program ini akan ke udara pada 13 Mac kelak. Turut sama menjadi pengacara ialah Vanida Imran dan Marion Caunter. Kata Cheryl:-

Prioriti buat saya kini tertumpu kepada keluarga. Saya memang rindu untuk mengacara tetapi status saya sekarang bukan lagi macam dahulu. Kalau pun saya ingin kembali mengacara, saya ingin mengacarakan program yang bukan berbentuk hiburan. Misalnya, program yang menjurus ke arah isu sosial atau kemasyarakatan.

Saya sudah menjalani pemeriksaan doktor bersama suami. Alhamdulillah, anak kedua juga merupakan seorang perempuan. Memang saya sangat teruja. Akhirnya, Stella akan dapat seorang adik perempuan (tertawa). Stella makin membesar, makin licik kenakalannya.

Tetapi saya menganggap ia sebagai satu perkembangan positif. Untuk anak kedua, saya harap kelahirannya pada Mei nanti berjalan lancar. Tinggal dua bulan sebelum ‘masanya’ sampai, saya tidak boleh terlalu aktif melakukan kerja-kerja yang memenatkan.

cheryl samad
Cheryl Samad dijangka akan melahirkan seorang lagi anak perempuan pada bulan Mei ini. Semoga segalanya berjalan lancar buat Cheryl. Lagi beberapa gambar pengacara feveret Abang Nara ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Kosmo.

P.S: Ayah pensyarah, emak doktor tetapi anak gelandangan

cheryl samadcheryl samadcheryl samadcheryl samadcheryl samadcheryl samad

Advertisement