Written by serenity | November 13th, 2015

Hazlin Hussain ialah seorang pengacara untuk rancangan 999 dan pembaca berita untuk Buletin Utama di TV3. Mac lepas, Hazlin telah melangsungkan pertunangan dengan Mior Abdul Malek Raiyani yang juga bekas penolong penerbit dan pembaca berita TV3.
 photo 12244253_1064259113604955_1220383561102308621_o.jpg
Pasangan ini akan bernikah pada di 12 Disember ini dan akan berbulan madu di Eropah.

Gambar-gambar pra-perkahwinan mereka ialah hasil bidikan Sixuca Wedding Photography.

Lagi 32 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jom saksikan bangsawan "Sumpahan Nujum Perawan" pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015

 
Written by serenity | February 16th, 2015

Dua bulan lepas, pelakon Zul Huzaimy Marzuki, 36, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Misz Erna atau Nur Ernawati Mohamad Nor, 27, dan bakal melangsungkan pernikahan dengan wanita itu pada hari Tahun Baru Cina ini iaitu 20 Februari. Zul sebelum ini pernah berkahwin dan telah bercerai pada tahun 2010.

Zul mempunyai seorang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu bernama Awal Haziq yang merestui perkahwinannya dengan Misz Erna. Malahan, anaknya itu turut serta dalam sesi fotografi pra-perkahwinan pasangan itu.

Untuk makluman anda Erna ialah sepupu kepada Liyana Jasmay. Patutlah ada rupa sikit.

 photo 1780117_788894347848124_5664741308550612842_o.jpg
Terserlah kebahagiaan pada wajah pasangan ini. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar buat mereka berdua dan dipermudahkan urusan sehingga hari pernikahan.

Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.  Kredit gambar LOOKitLOVE Photography.

 
Written by serenity | February 10th, 2015

Mengambil gambar pra-perkahwinan kini merupakan satu amalan biasa bagi pasangan tempatan yang hendak berkahwin. Kebanyakan artis sering menampilkan pemandangan yang indah sebagai latar gambar pra-perkahwinan serta pakaian yang feminin bagi wanita, misalnya gaun.


 photo 1922073_755195874577324_241653956_n.jpg

Tapi bagi Sharifah Sakinah yang terkenal dengan personalitinya yang lain dari yang lain, pakaian yang ditampilkan sememangnya ringkas tetapi chic dan segar. Bagi Sakinah, untuk gambar perkahwinannnya tidak perlu taman, gaun dan kostum, hanya perlukan wajah yang gembira seperti yang dibayangkan melalui hashtag pada kapsyen gambarnya manakala latar belakangnya hanya studio.

Namun begitu hasilnya boleh dibanggakan dan antara gambar pra-perkahwinan artis yang terbaik setakat ini pada pendapat kami.

Untuk makluman, Sakinah dan pasangannya Aliff Adha, seorang juruterbang, telah bertunang pada 25 Oktober lepas dan akan melangsungkan pernikahan 28 Mac ini.

Perkenalan mereka bermula lebih setahun lepas apabila Sakinah menjadi jurulatih kecergasan untuk Aliff yang seterusnya membawa perhubungan mereka ke tahap yang lebih serius.

Kredit gambar Instagram Sharifah Sakinah oleh Pinography Official.

Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 9th, 2014

Malam esok, pelakon Erin Malek akan melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Farriz Fawzy di kediaman keluarga Erin, di Ampang.


 photo erinmalik1_croppedtransformed_0.jpg
Menurut laporan Berita Harian majlis Resepsi Erin akan berlangsung pula pada keesokan harinya di sebuah hotel, manakala majlis bertandang keluarga Farriz ialah pada 24 Oktober.

Sebenarnya, tarikh asal pernikahan mereka ialah pada 10 Januari 2015, bagaimanapun pasangan ini mempunyai alasan tersendiri untuk mempercepatkan pernikahan mereka.

Tapi, selepas berbincang balik kami sepakat untuk mempercepatkan majlis kepada tarikh sekarang. Lagipun benda baik tak wajar ditangguhkan.

Nak dijadikan cerita, tarikh 10 Oktober 2014 (10.10.2014) ini nombornya nampak cantik dan senang nak ingat.

Tambah Erin, dia dan Farriz bakal berbulan madu di Los Angeles.

Selesai majlis resepsi sebelah keluarga lelaki, Insya-Allah kami akan ke sana (Amerika Syarikat).

Set gambar yang dipaparkan dalam entri ini ialah dari koleksi gambar pra-perkahwinan Erin dan Farriz hasil bidikan CST Production.

Memang benar, benda yang baik dan tiada halangan buat apa ditangguhkan, ya tak? Bersama kita doakan hari bersejarah pasangan ini esok akan dipermudahkan Amin.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.