November 15th, 2018

Lembaga Penapis Filem (LPF) mengesahkan filem Polis Evo 2 lulus untuk ditayangkan dan tidak mengandungi sebarang unsur memburukkan imej agama Islam seperti yang didakwa sebelum ini.

Berdasarkan penelitian pihaknya, filem tersebut tidak melanggar mana-mana peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, KDN. Ia hanya kisah dua pegawai polis yang mengintip pergerakan ketua sindiket pengedar dadah di sebuah pulau dan usaha mereka untuk membanteras jenayah.

Lembaga Penapis Filem sudah menonton tapis filem ‘Polis Evo 2’ dan memberi keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam.

Dalam operasi itu mereka terperangkap dengan insiden serangan kumpulan pengganas yang menawan dan menjadikan penduduk pulau berkenaan sebagai tebusan.

Secara keseluruhan, filem itu mengisahkan mengenai usaha pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan menyelamatkan orang awam yang terbabit dalam insiden keganasan yang dipaparkan.

Terdahulu, Polis Evo 2 yang masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam dihimpit kontroversi selepas ada sesetengah netizen menggesa agar filem ini diboikot atas dakwaan ia memberika imej buruk bahawa Islam itu penuh dengan keganasan. Tuduhan kurang adil itu dibuat hanya berdasarkan sinopsis filem sahaja.

Sumber Berita : Harian Metro