Written by AbangNara | February 4th, 2012

Pentas Pilih Kasih minggu ini akan dimulakan dengan “opening-intro” yang pasti menarik daripada para peserta. Kemudian persembahan secara monolog daripada setiap peserta akan bermula sambil diselang-selikan dengan persembahan drama. Untuk mengakhiri episod Pentas Pilih Kasih minggu ini, peserta-peserta akan membuat persembahan teater untuk menunjukkan bakat mereka.

pilih kasih 3

Jadi kepada anda semua, jangan lupa untuk menyaksikan kehebatan para peserta Pilih Kasih beraksi di Pentas Pilih Kasih pada 5 Februari(Ahad) bermula jam 9 malam. Dan ada berita baik kepada peminat Pilih Kasih, pihak produk Pilih Kasih bermurah hati untuk memberikan 5 tiket percuma untuk anda menyaksikan rakamannya di auditorium RTM Senawang. Anda hanya perlu emailkan kepada [email protected] sekiranya anda berminat. Inilah peluang anda untuk beramah mesra dengan Rosyam Noor, Erra Fazira dan Umie Aida.

pilih kasih 3

Jangan lupa untuk PKUNDI <jarak> <nama peserta> kegemaran anda ke 33199. Dan anda boleh LIKE Facebook Pilih Kasih 3 atau pun follow Twitter Pilih Kasih untuk info yang lebih padat.

Baca entri ini sepenuhnya untuk melihat senarai persembahan setiap peserta pada Pentas Pilih Kasih 5 Februari ini dan biodata peserta untuk mengundi peserta kegemaran anda.

 
Written by AbangNara | January 26th, 2012

Rancangan Pilih Kasih 3 yang kini sudah mula ditayangkan di TV2 sememangnya sangat menarik untuk ditonton. Bukan senang nak melatih mereka yang bercita-cita untuk menjadi pelakon. Namun, kalau cikgunya adalah Rosyam Noor, Umie Aida dan Erra Fazira, sudah pasti banyak ilmu yang dapat ditimba oleh peserta-peserta Pilih Kasih 3.

pilih kasih 3

Dan berita baik untuk anda semua, BeautifulNara telah pun dilantik menjadi blog rasmi untuk rancangan Pilih Kasih 3 ini. Jadi anda jangan risau kalau tidak berkesempatan menonton rancangan ini kerana kami akan pastikan anda sentiasa up to date dengan apa yang terjadi. Terima kasih kepada pihak Pilih Kasih 3 yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menggalas tanggungjawab ini.

Jangan lupa untuk melawat laman web rasmi Pilih Kasih 3 dan follow Twitter Pilih Kasih untuk info lanjut tentang rancangan menarik ini.