Rancangan Pilih Kasih 3 yang kini sudah mula ditayangkan di TV2 sememangnya sangat menarik untuk ditonton. Bukan senang nak melatih mereka yang bercita-cita untuk menjadi pelakon. Namun, kalau cikgunya adalah Rosyam Noor, Umie Aida dan Erra Fazira, sudah pasti banyak ilmu yang dapat ditimba oleh peserta-peserta Pilih Kasih 3.
Dan berita baik untuk anda semua, BeautifulNara telah pun dilantik menjadi blog rasmi untuk rancangan Pilih Kasih 3 ini. Jadi anda jangan risau kalau tidak berkesempatan menonton rancangan ini kerana kami akan pastikan anda sentiasa up to date dengan apa yang terjadi. Terima kasih kepada pihak Pilih Kasih 3 yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menggalas tanggungjawab ini.
Jangan lupa untuk melawat laman web rasmi Pilih Kasih 3 dan follow Twitter Pilih Kasih untuk info lanjut tentang rancangan menarik ini.
Diyana
January 27, 2012 at 4:48 pm
chaiyok2 abg nara… :) ske tgk diorang semua.. sporting belaka
sham icam
January 27, 2012 at 3:31 pm
Tahniah kat blog ni….caya lah
naniey din
January 27, 2012 at 11:02 am
best gak layan PK nie…..tpi xdpt smbutan……smoga dgn promosi di BN nie rmai lah yg tgok yer…….huhuhu