October 18th, 2019

Pernah gagal dalam percintaan bersama Intan Ladyana sebelum ini selepas enam tahun bercinta dan hubungannya dengan Emma Maembong juga terkandas, pelakon Kamal Adli mengakui dia banyak melakukan kesilapan sehingga beberapa percintaannya berakhir.

kamal adli

Menurut Kamal, hubungan cinta yang panjang membuatkan dia merasa selesa sehingga tidak pernah meletakkan matlamat untuk kahwin selain dirinya yang suka mengambil mudah terhadap pasangan.

Saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin salah itu pada saya. Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan dan kira-kira 12 tahun dalam hubungan percintaan. Bila hubungan terlalu panjang membuatkan saya selesa dan tidak meletakkan matlamat untuk berkahwin.

kamal adlikamal adli

Saya juga sering terlupa tarikh-tarikh penting yang biasanya diingati oleh pasangan yang baru bercinta. Perkara itu nampak remeh bagi lelaki tetapi besar bagi perempuan yang banyak memendam perasaan.

Kamal berkata dia tidak serik untuk bercinta lagi, hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima cinta baharu dan mencari pasangan yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

kamal adli

Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa. Tunggu, InsyaAllah. Kamal pun berkawan sahaja, tengoklah macam mana.

Bukan mudah sebenarnya untuk memulakan hubungan cinta baharu. Jangan terburu-buru memilih pasangan agar tidak menyesal di kemudian hari. Kami doakan agar satu hari nanti Kamal akan dipertemukan dengan wanita yang sesuai dengannya.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
April 16th, 2018

Bapa kepada Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson, 60, seorang pelakon yang juga bekas pembaca berita TV3 berkata dia lega hubungan percintaan anak gadisnya dengan pelakon Zul Ariffin, 31, telah terputus.

Zainol mendakwa dia tidak merestui perhubungan mereka dan mempunyai sebab-sebab tersendiri tidak menyokong perhubungan itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Alhamdulilah, saya lega apabila Zahirah maklumkan dia sudah putus dengan Zul. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak restu hubungan mereka.

Dari awal lagi saya memang tidak suka mereka berkawan. Malah, ketika saya masih bersama mak Zahirah, dia ada beritahu yang Zul tidak hormat orang tua. Hari pertama jumpa dia sudah berikan persepsi negatif.

Ternyata, orang sekeliling juga banyak menyampaikan perkara sama hingga saya juga terkena. Jadi, alasan saya tidak restu hubungan mereka ada asasnya. Saya bukan suka-suka berbuat sedemikian.

Jadi, apabila Zahirah maklumkan perkara ini, saya berkata baguslah. Saya nasihat agar dia fokus kepada kerjaya dan jaga nama sebaiknya. Paling penting, jangan mudah tergoda lagi dengan sesiapa pun.

Zainol berkata sedari awal Zul sepatutnya menjauhkan diri apabila mengetahui dirinya sebagai bapa Zahirah tidak merestui hubungan mereka:

Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’.

Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua.

Zainol memberitahu bahawa Zul tidak bersikap seperti gentleman kerana tidak berhubung sendiri dengannya untuk berkomunikasi, sebaliknya Zul hanya menyampaikan mesej kepadanya melalui Zahirah:

Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah?

Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana.

Zainol turut berlakon dengan Zahirah sebagai bapanya dalam drama Tak Ada CInta Sepertimu.

Sebelum ini, dia secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak merestui hubungan cinta Zahirah dengan Zul selagi dia masih hidup dan sering menasihatkan Zahirah agar hanya berkawan dengan pelakon itu. – beautifulnara.com

Advertisement
April 15th, 2018

Penerbit filem dan drama Gayatri Sulin Pillai menafikan dia ialah orang ketiga dalam percintaan pelakon kacak Zul Ariffin dan bekas kekasihnya Zahirah Macwilson.

Menurut wanita itu, adalah sesuatu yang normal untuk dia berhubung dengan Zul walaupun perhubungan mereka telah berakhir atas dasar persahabatan dan urusan pekerjaan.

Gayatri memberitahu Harian Metro:

Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi danberjumpa atas urusan kerja.

Dia juga tidak terasa hati apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan Zul dan Zahirah:

Saya tidak marah atau berkecil hati. Walaupun dari dulu saya kunci mulut dan tidak memberikan komen mengaibkan sesiapa, saya tetap menerima provokasi serta hinaan melalui media sosial.

Namun begitu, saya tidak mengambil pusing atau melayan sebarang bentuk provokasi, kerana bagi saya tidak guna membuang masa melayan mereka yang hanya berani di media sosial namun tidak berani untuk bersemuka dengan saya sendiri.

Biarlah orang nak kata apa-apapun, kami tidak boleh tutup mulut ataupun puaskan hati semua orang.

“Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya putuskan hubungan persahabatan dengan Zul? Dia seorang pelakon yang berbakat besar. Jadi saya harus bekerjasama dengan dia dan mendorong dia untuk lagi berjaya dalam industri.


Dia bagaimanapun enggan memberi jawapan yang pasti sama ada akan kembali pada Zul memandangkan lelaki itu kini single:

Soalan ini juga ditanya pada Zul yang baru memberi kenyataan dan boleh dipusing lagi seperti Zul akan beralih dengan cepat dan saya rasa ini kurang sesuai. Biarlah dia diberi ruang sedikit untuk fokus kepada kerjayanya daripada fikirkan soal cinta dan saya pun tidak fikir ke arah itu.

Memang betul saya pernah beritahu Zul saya berhasrat mendalami Islam beberapa tahun lalu dan sejak itu saya cuba belajar sikit demi sikit untuk memahami lebih tentang Islam.

Saya bernasib baik sebab ramai disekeliling saya dapat memberi dorongan dan nasihat kepada saya dan saya amat menghargainya.

Untuk makluman anda, Zul masih berlakon dalam filem yang diterbitkan oleh Gayatri, antaranya filem JRevolusi. – beautifulnara.com

Advertisement
April 14th, 2018

Umum mengetahui  bahawa pelakon jelita, Zahirah Macwilson dan pelakon kacak Zul Ariffin sedang bercinta. Hubungan itu sudah berlangsung beberapa lama tetapi keduanya dilihat jarang bercakap mengenai hubungan mereka.


Zul pernah menyatakan hanya akan bercakap mengenai kerjaya dan dia juga memberitahu enggan berbicara soal Zahirah kerana tidak mahu wanita itu dikenali dengan gosip cinta.

Mereka juga hanya pergi bersama ke beberapa majlis umum sahaja jadi gambar mereka berdua dalam talian juga tidak sebanyak gambar pasangan lain.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Terbaru, BH Online melaporkan Zahirah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Zul seakan sudah berakhir.

Tiada apa lagi yang hendak diragui mengenai status saya. Begitu juga tidak perlu lagi hendak ditanya sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya.

Dalam bahasa lebih mudah, boleh dikatakan, kini saya tidak perlu menjaga hati sesiapa. Semua hal yang remeh saya tolak ke tepi. Ia tak penting lagi.

Masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Jika saya hendak bercakap lebih-lebih pun, rasanya tidak manis kerana perkara itu turut membabitkan insan lain. Jadi, lebih baik saya diam dan tak perlu nak ungkit lagi hal ini.

Sebelum ini hubungan mereka pernah diuji apabila timbul gosip cinta lokasi antara Zahirah dan Kamal Adli melalui drama Duda Pujaan Dara yang turut melibatkan pelakon Emma Maembong. Bapa Zahirah, pelakon veteran Zainol Macwilson juga menyatakan secara terbuka yang dia tidak merestui perhubungan mereka.

Buat sementara waktu ini, saya mahu katakan tidak kepada cinta. Kalau boleh juga, saya tak mahu lagi dihimpit gosip atau kontroversi.

Namun, pada masa sama saya cukup memahami, perkara seperti itu bukannya boleh dikawal atau dielakkan. Dalam industri ini, kita kena berdepan dengan perkara sedemikian. Cuma pada akhirnya, ia tetap berbalik kepada cara kita menanganinya.

Setakat ini, rasanya apa yang saya lalui tidaklah seteruk mana. Sudah resam menjadi artis, saya kena telan cerita panas sedemikian. Ia mungkin nampak teruk di mata orang luar mahupun netizen. Tapi, saya tetap mempunyai pilihan sendiri, untuk terus menjadi kuat dan memajukan diri.

Drama terbaru Zahirah menggandingkannya dengan pelakon Syafiq Kyle iaitu Tak Ada Cinta Sepertimu berjaya menaikkan nama Zahirah di kalangan peminat drama Melayu.

Jika benar hal ini, Zahirah yang cantik jelita dan muda patut menumpukan kepada kerjaya agar lebih berjaya lagi di masa akan datang. Selamat maju jaya diucapkan. – beautifulnara.com

Advertisement