January 11th, 2012

Kami telah menerima tip dari sesetengah pihak yang perang Twitter antara aktres Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha ialah berpunca dari salah seorang peminat yang bertanyakan soalan kepada Rita, kemudian melapor pula dan bertanya pada Zaquan, dan dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan pada isteri Zaquan, Ayu Raudhah. Mungkin tidak menyangka yang perbuatannya menyebabkan hubungan mereka berdua menjadi tegang, peminat tersebut telah membuat satu entri di blognya untuk meminta maaf:

Sekiranya anda tidak nampak, silakan klik di sini untuk membaca dengan lebih jelas. Peminat tersebut berkata dia mempunyai sebab untuk berbuat begitu, dan bukan untuk bersuka-suka, tetapi sebab itu mahu dirahsiakannya.

Bagi kami walau apa pun alasannya, sepatutnya anda menyedari yang perbuatan anda telah membuat perkara yang serius berlaku. Nama-nama yang terlibat di blog ini telah kami padam, tetapi kami pasti akan ada cara pembaca untuk mencari blog beliau (Twitternya sudah di privatekan) namun diminta untuk tidak menyerang atau mengutuk di blognya, kerana mungkin dia sudah sedar apa yang telah dilakukan.

Sebagai pengajaran, minatlah artis, tetapi biar ada batasnya.

January 11th, 2012

Petang semalam, agak gempar dunia hiburan tanah air bila pelakon, Rita Rudaini dan adik iparnya, pemain bola sepak Negeri Sembilan Zaquan Adha telah ‘berperang’ status twitter. Ia bermula apabila Zaquan membalas satu kenyataan Rita mengenai pelakon itu yang “tidak kisah mertua sayang atau tidak”. Hasilnya, Rita mendakwa adik iparnya itu telah membuatkan seorang gadis(bukan isterinya) mengandung dan kemudian meminta gadis itu menggugurkan kandungan. Malam semalam, Zaquan telah memberitahu Mstar Online supaya Rita tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara-perkara tersebut. Dia turut mendakwa tuduhan Rita itu berbaur ugutan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Menurut Zaquan:-

Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.

Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa.

Zaquan juga enggan komen lanjut tentang isu itu kerana bimbang ia memberi kesan buruk kepada keluarga dan keadaan:

Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.

Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh.

Walau begitu, Zaquan mengaku kesal dengan entri Twitternya yang mampu mengundang suasana ‘panas’ kepada Rita.